Salam
"Syiok tengok ikan nih,berenang2 dengan corak yang pelbagai serta warna yang cantik". Balik keje penat2, relax kejap tepi kolam ikan, dengar deruan air terjun sambil bagi makan ikan...Dasssyat!
Teringin nak ada kolam ikan sendiri tapi sebelum nak ada kolam kena belajar dahulu selok belok tentang kolam, ikan sistem filterasi dan sebagainya. Baru ler kita ni dipanggil tuan yang "savvy". Yang nampak banyak kat Malaysia ni kolamnya banyak berbentuk formal dan ada jugak laa yang stail2 "zen" ada air terjun yang "natural?"gitu. Memandangkan rumah aku sekarang bentuk moden, aku pun rase2 bentuk formal paling sesuai untuk rumah aku.
Sebelum nak ada kolam ikan dan penghuni2 nya tu, beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan. Ni aku banyak dapat info dan pengalaman aku sendiri.
Lokasi
Kena tahu jugak kat mana kita nak letak kolam ni untuk senang kita pegi jenguk/tengok/enjoy. Aku prefer tepi rumah aku pasal balik keje aku boleh lepak kejap tepi tu.
Jenis/bentuk kolam
Aku suka formal stail..macam kolam renang tu, tapi aku punya raised pond...macam kolah amik air sembahyang kat surau tu(keh!keh!). Lagi pun ada anak kecik ni, safety first. Ni ler kena pikir dulu sebelum buat.
Saiz kolam
Nak bela ikan apa yer? Ikan emas yang macam ikan koi tu cantek jugak. Ikan koi memerlukan tempat yang agak luas dan dalam.(sekor koi perlukan lebih kurang 250-500 gallon air dan kedalaman sekurang2nya 3-6 kaki, baru cantek dan beso jadinya.)
Sistem Filterasi
Biasalah nak bela ikan ni pun kena ada penjagaan kesihatan dia dan juga wang poket kita(bil api dan air). Aku buat sendiri jee fliter DIY ler katakan. Mudah dan jimat! Sonang jee!
banyak lagi tu klu nak tulih...sapa2 yang pakar dialu2kan untuk memberikan pandangan.
No comments:
Post a Comment