Monday, December 27, 2010

bagaimana membuat lantai pebbles wash

Hari nak share bagaimana utk membuat lantai pebble wash. Harap perkongsian ini membantu mana2 DIYer yang berminat. he!he!

1. Mula2, pegi kedai.
- Beli pebble stone saiz: 5 ok, saiz 8 besar sikit batunya (terpulang)
- Beli simen (biasa pun takpa..jimat kos)
- Berus sabut
- Kain buruk
- baldi bancuh simen (kalau ada takyah beli ler)
- alat2 perata simen (kalau ada takyah beli ler)


2. langkah2 :

a. masukkan air paip sebanyak 1/3 baldi
b. gunakan alat perata simen/ utk memasukkan simen ke dalam air.
-caranya : ayakkan supaya simen tak berkumpul setempat.
c. masukkan simen sehingga anda nampak air meresap ke simen. tambah lagi simen sehingga tutup air yang meresap tu.(jangan banyak sgt)
d. ok, tunggu dalam 5 minit kemudian kita gaulkan simen tu biar sebatu (biar jadi macam doh)
e. Kemudian, campurkan pebbles tu dan gaul sehingga sebati.( jumlah pebble adalah sehingga anda nampak macam simen dah cover secukupnya pebbles tu)

Siap utk prosesnya.

3. langkah seterusnya.
a. taburkan pebbles yang dah bercampur simen tu ke tempat yang nak dibuat. ratakan sehingga penuh (Jangan tebal sangat, dalam 3mm-7mm saja dah ok)
b. tambah mana2 tempat yang nampak berlopak.
c. biarkan selama 2 hingga 3 jam. (kalau panas terik, sejam dah ok rasanya..maknakata jangan pergi mana2 laa, nanti keras pulak simen tu)
Tips: kitaa boleh ke langkah seterusnya apabila simen tu agak keras, mampat tapi belum kering sepenuhnya. use your instinct)
d. Alirkan air dan gosok dengan berus sabut dengan perlahan2. Selain berus sabut anda juga boleh guna berus kasut. gosok sehingga simen tidak kelihatan pada atas pebble tersebut.
e. Setelah selesai kerja2 menggosok, ambik kain buruk dah tekap pelan2 utk absorb lebihan air.
biarkan kering dan kerja anda siap.....

Tips : jangan buat malam, kalaua nak buat biar ada lighting yang bagus kerana anda akan ter "miss" gosok!(macam aku!!!huhuhu!!)

This is the final product bagi amatur seperti aku.(malam tadi baru buat)






InsyaAllah aku update tips kalau batu tu blur dsbnya. (dalam kepala aku nak pakai asid hidroklorik jee nih! he!he!)

Friday, December 10, 2010

DIY BOTTOM DRAIN (BD) cap

To PEroz :

Ini adalah BD cap DIY yang aku rasa mmg sesuai utk buat BD. Aku penah tgk ada kolam ikan pakai sinki punya lubang tu..lawak pun ada. tapi yang ni unik sikit ler. Benda Allah ni belambak ada kat kedai hardware.



Wednesday, December 8, 2010

Peeble wash

Kelmarin aku ada beli ready mix peeble wash utk pelantar aku. So this is it!



Ini adalah ready mix peeble wash yang aku maksudkan... It's quite expensive, RM 180 satu tong dan mampu utk 25 kaki persegi,


Ini adalah mixture yg perlu digaul bersama peeble wash tu.







Ini aku try test cuba......senang sesangat buatnya...aku garenti sapa2 yang ada basic perata simen mesti buleh buat punya!!!!Even wife aku rasa buleh buat..errr takyah ler..he!he!

For those yang ingin belajar camna nak buat...boleh tanya...cuma siap duit jee..

Wednesday, December 1, 2010

PELANTAR D.I.Y

Malam tadi aku merajinkan diri dgn kerja2 kontrak(bancuh simen etc. Tupun dek kerana mem besar dah bagi hint.

Kayu tu aku double layeredkan dgn shelek, dan kayu2 ni akan di letakkan jarang2, di mana peeble wash akan jadi frame. Herm..Tema akan jadi rojak kali ni..Bali and modern style...hopefully..

So far, kos semuanya baru RM152. kayu (110 kaki)@ RM110 + shelek RM 32 + bata simen RM 10. Simen dah pasir balance2 projek2 lepas.

So, this is only the mock sebelum kayu dipaku dan simen di pebble washkan. he!he!

P/S: mutu gambar meng"hampeh"kan kerana hanpon "cap ayam" jee.









UPDATE PELANTAR







Actually dah siap nak pelantar kedua yang besar tu,tapi last night tetiba kepala pusing...macam mabuk laut, so terpaksa "halt" sekejap projek malam tadi.
Furthermore, pasir dan adhesive habis!!!!!! Balik Melaka ni nak singgah Sg Buloh la, nak cari pasir..sana katanya murah compare dgn nursery etc. (hope so)