Monday, December 27, 2010

bagaimana membuat lantai pebbles wash

Hari nak share bagaimana utk membuat lantai pebble wash. Harap perkongsian ini membantu mana2 DIYer yang berminat. he!he!

1. Mula2, pegi kedai.
- Beli pebble stone saiz: 5 ok, saiz 8 besar sikit batunya (terpulang)
- Beli simen (biasa pun takpa..jimat kos)
- Berus sabut
- Kain buruk
- baldi bancuh simen (kalau ada takyah beli ler)
- alat2 perata simen (kalau ada takyah beli ler)


2. langkah2 :

a. masukkan air paip sebanyak 1/3 baldi
b. gunakan alat perata simen/ utk memasukkan simen ke dalam air.
-caranya : ayakkan supaya simen tak berkumpul setempat.
c. masukkan simen sehingga anda nampak air meresap ke simen. tambah lagi simen sehingga tutup air yang meresap tu.(jangan banyak sgt)
d. ok, tunggu dalam 5 minit kemudian kita gaulkan simen tu biar sebatu (biar jadi macam doh)
e. Kemudian, campurkan pebbles tu dan gaul sehingga sebati.( jumlah pebble adalah sehingga anda nampak macam simen dah cover secukupnya pebbles tu)

Siap utk prosesnya.

3. langkah seterusnya.
a. taburkan pebbles yang dah bercampur simen tu ke tempat yang nak dibuat. ratakan sehingga penuh (Jangan tebal sangat, dalam 3mm-7mm saja dah ok)
b. tambah mana2 tempat yang nampak berlopak.
c. biarkan selama 2 hingga 3 jam. (kalau panas terik, sejam dah ok rasanya..maknakata jangan pergi mana2 laa, nanti keras pulak simen tu)
Tips: kitaa boleh ke langkah seterusnya apabila simen tu agak keras, mampat tapi belum kering sepenuhnya. use your instinct)
d. Alirkan air dan gosok dengan berus sabut dengan perlahan2. Selain berus sabut anda juga boleh guna berus kasut. gosok sehingga simen tidak kelihatan pada atas pebble tersebut.
e. Setelah selesai kerja2 menggosok, ambik kain buruk dah tekap pelan2 utk absorb lebihan air.
biarkan kering dan kerja anda siap.....

Tips : jangan buat malam, kalaua nak buat biar ada lighting yang bagus kerana anda akan ter "miss" gosok!(macam aku!!!huhuhu!!)

This is the final product bagi amatur seperti aku.(malam tadi baru buat)






InsyaAllah aku update tips kalau batu tu blur dsbnya. (dalam kepala aku nak pakai asid hidroklorik jee nih! he!he!)

Friday, December 10, 2010

DIY BOTTOM DRAIN (BD) cap

To PEroz :

Ini adalah BD cap DIY yang aku rasa mmg sesuai utk buat BD. Aku penah tgk ada kolam ikan pakai sinki punya lubang tu..lawak pun ada. tapi yang ni unik sikit ler. Benda Allah ni belambak ada kat kedai hardware.



Wednesday, December 8, 2010

Peeble wash

Kelmarin aku ada beli ready mix peeble wash utk pelantar aku. So this is it!



Ini adalah ready mix peeble wash yang aku maksudkan... It's quite expensive, RM 180 satu tong dan mampu utk 25 kaki persegi,


Ini adalah mixture yg perlu digaul bersama peeble wash tu.







Ini aku try test cuba......senang sesangat buatnya...aku garenti sapa2 yang ada basic perata simen mesti buleh buat punya!!!!Even wife aku rasa buleh buat..errr takyah ler..he!he!

For those yang ingin belajar camna nak buat...boleh tanya...cuma siap duit jee..

Wednesday, December 1, 2010

PELANTAR D.I.Y

Malam tadi aku merajinkan diri dgn kerja2 kontrak(bancuh simen etc. Tupun dek kerana mem besar dah bagi hint.

Kayu tu aku double layeredkan dgn shelek, dan kayu2 ni akan di letakkan jarang2, di mana peeble wash akan jadi frame. Herm..Tema akan jadi rojak kali ni..Bali and modern style...hopefully..

So far, kos semuanya baru RM152. kayu (110 kaki)@ RM110 + shelek RM 32 + bata simen RM 10. Simen dah pasir balance2 projek2 lepas.

So, this is only the mock sebelum kayu dipaku dan simen di pebble washkan. he!he!

P/S: mutu gambar meng"hampeh"kan kerana hanpon "cap ayam" jee.









UPDATE PELANTAR







Actually dah siap nak pelantar kedua yang besar tu,tapi last night tetiba kepala pusing...macam mabuk laut, so terpaksa "halt" sekejap projek malam tadi.
Furthermore, pasir dan adhesive habis!!!!!! Balik Melaka ni nak singgah Sg Buloh la, nak cari pasir..sana katanya murah compare dgn nursery etc. (hope so)

Saturday, November 27, 2010

carpenting

Lama jugak tak posting ni

Last 2 weeks, aku ada buat para utk pokok anggur dan hasilnya segini jee la. Projek ini baru half way, tak sambung abih lagi kerana simennya..yarabbi memang keras sungguh, patah paku simen, drill tak lut.

Tadi baru jee beli kayu utk buat pelantar kat tepi kolam tu. Esok baru buleh amik pasal tak depa tak ketam lagi. nak kena shelek lagi, aku beli shelek yg mahal sikit, 1 liter RM 30++ kerana kayu ni akan berjemur dan berhujan.. harap2 tahan lama.InsyaAllah!

Macam biasa, buruh2 import sedang "buat kerja" mereka dan...sebagai mandor, den nengokkan jee pasal dok pikir, lepas ni jenuh nak menyental.

video



Pokok anggur ni tgh galak nak "memanjat", sebab tu laa rasa tiba masa aku "terpaksa" buat utk temporary.





Best jugak ada pokok malberi ni..buahnya beso2 jugak





will update soon...with photos & videos "cap ayam"








video

Tuesday, November 2, 2010

Feeding time...

Salam

Pagi tadi, sempat ambik video masa bagi makan ikan2 kap aku. So far, dah ada 9 ekor (1 kembali ke rahmatullah, ntah macam mana ada kat luar kolam? masa baru beli). Walaupun ikan kap yang cikai jee, 2 kap taiwan, 7 lagi made in Malaysia,kot?...tapi Alhamdullilah semuanya sihat walafiat.

Air nampak murky sikit tapi as long ikan semuanya hepi dan aktif, ok laa tu. Makin lama air tu dah nampak makin ok kualitinya. Mungkin pasal bakteria yang aku taruk dalam filter(BD)tu dah hidup membiak dan matt yang aku tambah dalam filter2 tu. Yang penting waterfall tu boleh supply oksigen secukupnya.

TIPS : kalau nak beli ikan murah2, sila lihat post yang saya dah buat. Tambahan, always survey, tanya orang kedai2 ikan yang ada sekitar anda. Ini pasal masa beli 5 tolak 1 ikan2 tu, tak tahu pulak ada kedai ikan dekat town(dekat ler dgn rumah) yang ada ikan2 yang lagi besar dan cantik DAN yang paling penting regenya sama jee dgn ikan yang aku beli kat kedai sebelumnya. Rege sama tapi saiznya sama besar dgn ikan kap taiwan yg aku beli tu, lebih kurang samanya je color dan kualitinya.

video

Monday, November 1, 2010

Bagaimana untuk buat dinding custom drp simen?

Salam

Bagi menjawab sdr Fauzi bagaimana untuk buat dinding/wall, saya akan terangkan di sini. (Ni pun saya belajar drp sifu che Jai (jiran lama :) )+ from my own imagination.

So, these are the steps :

Cari tempat kat rumah yang clear, atas simen @ tile ok jee. Syaratnya kena lapik dengan kertas surat khabar banyak2 supaya tak lekat pada lantai nanti. Tempat pembuatan hanya di lantai sahaja...kalau boleh lagi dekat dgn kolam lagi bagus he!he!)

1. Buat frame drp kayu (pastikan kayu tak tinggi lebarnya, nanti berat pulak nak ngangkatnya)

2. Beli besi @ jaring yang tebal i.e dawai mata punai (utk buat pagar/kandang itik, he!he!) utk buat rangka supaya tak mudah retak, kuat strukturnya dan tak terbelah dua kalau retak)

3. Lepas paku dan measurementnya dah betul dgn tempat yang kita nak letak tu, bancuh simen secukup rasa. nak lagi kuat tambah batu kerikil.(pasir kasar dah ok, nanti tak larat nak angkat!)

4. Letakkan simen ke dalam acuan yang dah kita buat daripada kayu tadi. Pastikan rangka dawai yang kita letak dalam acuan tu tak tersembul, biar dok dalam in between lagi bagus.(beli dawai mata punai yang nak bela gajah,lagi ok..klu adalah)

5. Selesai, sebelum simen kering, buat jaring2 i.e lorek ler pakai paku atau apa2 pun supaya nanti nak lekat tile etc, takyah nak ketuk balik, senang lekatnya.

6. Biarkan kering semalaman..bukak balik kayu tadi..dah hey presto! siap!!!

Lebih kurang macam ni ler diagramnya.

Wednesday, October 27, 2010

Kolam Sdr Sahaljaman

ASW.. Sdr Haslah

Saya sertakan beberapa gambar kolam ikan dihalaman rumah saya utk dikongsi bersama dlm blog sdr.
Lokasi: Jalan Kosas 1/9, Tmn Kosas, 68000 AMPANG


Sepertimana dinyatakan lebih awal, filter kolam saya ter..bina di bhg atas kolam..
konsep yg betul filter dibina sama level dgn kolam ikan.
Ikan besar cuma 6 ekor (3 ekor ikan emas kembang ekor, 1 ekor ikan bandaraya warna hitam dan 2 ekor ikan bandaraya warna oren) lain-lain ikan guppy..

Tkasih di atas usaha sdr berkongsi maklumat dan ilmu dlm blog kolamikanhiasan.blogspot.com
Selamat maju dan berjaya..

Salam hormat

SahalJaman
019 - 228 5795










Tuesday, October 19, 2010

MORE PHOTOS FROM EN. ROSLI









KOLAM EN. ROSLI

Daripada emel en. Rosli :

Assalamualaikum,

saya adalah peminat ikan hiasan dalam kolam.Saya memiliki sebuah kolam berukuran 4 kaki x 9 kaki dan tinggi 9 incisahaja (air sedalam 8 inci sahaja)Berbelas ekor ikan kap (saiz lengan dewasa dan ada sebesar lengankanak-kanak). 1 ekor ikan jelawat, ada juga 1 ikan puyu dan 1 ikan sepat benua. Ikan bandaran 2 ekor (besar lengan, bebudak mynmar pancing, tak lalu nak makan, depa bagi, bolehlah cuci kolam)
Mengguna tiga filter (1 beli dan 2 buat sendiri).
Pump untuk filter tak pernah berhenti (kalau berhenti, bermakna tiadaletrik atau pump rosak).
Filter belum cuci lagi sejak sebelum bulan puasa lalu.Air kolam bersih dan jernih. Paling cepat 2 minggu sekali salin.(Dalam gambar yang disertakan, dah masuk hari ke 12, masih jernih.)
Yang herannya air tidak berkeladak.
Malam lampu menyala secara automatik (8 mlm hingga 10 mlm)
Kolam hanya mendapat cahaya matahari sedikit, seolah-olah macam berada
di dalam hutan.

Saya serta beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama.

"Kolam tak dalam (8 inci) tapi ikan tak lompat. Semua dapat hidup
bersama secara harmoni"







Sunday, October 10, 2010

POSTING

Salam kepada pembaca blog saya. Saya memohon maaf kerana ada sebahagian post yang tidak dibalas. Ini kerana saya tak prasan ada reply. Jadi untuk sama2 kita berkongsi maklumat, bolehlah menulis di ruangan chat agar senang utk dilihat semua.

wassalam.

Monday, October 4, 2010

Update. Finally, it's done!

Hari Ahad lepas, Saya dah settlekan urusan wiring. Senang dan jenuh jugak terutama bila nak conciel wayar tu. Semua dah settle and look nice and pro(angkat bakul). Pam pun dah dipasang. Tapi masa test run kelmarin dulu ada nampak macama ada leaking, rupa2nya lubang air terjun tu tak berapa curam dan air meleleh keluar.Already fix it last night.
Dan juga dah masukkan bacteria dalam filter. Katanya dalam 2 minggu baru bakteria mula form bala tenteranya. Looking forward.


rupa2nya simen dalam lori konkrit memang "kuat"! Jenuh nak korek.

So petang ni, dah janji dgn budak2 utk beli ikan "kamikaze" untuk test sistem. So far, Saya amat impressed dgn filtration. Will upload photos later on.

video

video

Monday, September 20, 2010

Pam dah beli!!!

Salam to all

At last, dapat jugak beli pam (walaupun cap ayam). Alor Star susah nak cari pam branded (lagipun tak mampu dah nak beli). Kat toke kedai tu, pam yang aku beli ni durable dan establish lama dah dalam market. Jadi aku pun beli laa...


Ni laa dia pamnya


Ni matt tambahan aku beli, nyesal beli span ijau tu byk2...he!he!


UBat utk klorin dan yang besar tu bacanya utk bio filter...ada bakteria dalam tu...


Ni just in case BLACK-OUT. Rasenya cam tak cukup jee nak support. Korang dok laa keliling bubble tu.he!he!

Sunday, August 29, 2010

Selamat Hari Raya AidilFitri

Salam

Kepada seluruh umat islam, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN sekiranya tersalah bahasa atau sebagainya.

Monday, August 2, 2010

Berkongsi Gambar kolam ANDA

Salam

Ini adalah post kedua yang sama. The reason i'm requesting readers to submit their pond is because of sharing is caring. Mana laa tahu ada yang nak buat kolam tapi tak tahu design mana yang buat. So please send me, again your pond photo together with some info about it.

Thank you.

Wednesday, July 28, 2010

D.I.Y Bio filter

Salam

For those yang nak buat sendiri filter, you can visit this site :

Simple dan senang utk dibuat, sometimes joint piping (macam 4 way connector) memang TAK ada di Malaysia, so you need to tweak a bit using your own imagination.

Selamat mencuba!

http://www.runnerduck.com/pf1.htm

Monday, July 26, 2010

Tanam anggur pulak


walau takde ikan lagi tapi air dalam kolam tu maintain jee(air hujan)


suspek2 bergambar kenangan selepas projek bersama mandi dan rendam kasut dalam kolam kelmarin


Pokok anggur mak mentua saya belikan minggu lepas.Dia berkenan,order satu nak tanam jugak lepas tgk satu kat umah.He!he!


Bahan bukti: pelapik kasut(warna putih) dalam kolam masih belum dihapuskan oleh suspek2. Pokok anggur kat tiang tu..mesti ada pergola..pergola...pergola


Salam

It's been a while saya tak posting. Anyway, Last month, saya ada membeli pokok anggur, katanya buah merah. I've been thinking i'll be nice kalau nanti pokok anggur tu ada sebelah kolam ikan (pergola) tapi apabila memikirkan apabila daun-daun berguguran, leceh pulak nanti kena dok selalu cuci kolam dan akan menyebabkan kolam cepat kotor.
For those yang nak beli pokok anggur, anda boleh pergi beli di Belakang hospital Sg Buluh. (Banyak sungguh nursery blakang tu!)

Tip di sini: Jauhkan kolam anda dari pokok yang ada banyak daun. Daun kemboja kira ok laa(pasal saya dahpun tanam sebelahnya)he!he!

Progress: Setelah sekian lama, kolam masih lagi belum beroperasi kerana modal dah keabisan, masa takde(asyik2 oustation jee lately),baru jee lepas buat tembok (pagar) dan yang paling best, My twins and my princes...masih lagi menjalankan aktiviti2 pembuangan bahan2 berharga ke dalam kolam tersebut seperti sneakers diorang, selipar aku,senang kata abis selipar kat umah tu diorang buat masuk dalam kolam. Cuma satu jee diorang tak kacau..kasut keje dengan kasut ibu diorang. Argghh!