Sunday, March 14, 2010

filtration basic

Salam

Filtration ni kita boleh kata macam water filter konsepnya, iaitu untuk menapis kotoran dan bakteria(etc) yang ada sebelum selamat utk diminum. Water filter ada 4 filter,6 filter, malah ada 8 filter kononnya utk tujuan penyucian air.
Based on konsep tu, digunakan pada kolam ikan seperti bakki shower, sand gravel dan macam2 lagi jenis. Namun konsepnya sama.

Tidak seperti water filter yg mempunyai collaidal silver (seramic) yang boleh membunuh kuman,jadi kolam ikan harus mempunyai satu tempat pembasmian "kuman". bahan buangan ikan termasuk makanan ikan boleh menjadi toksin kepada ikan. Jadi satu tempat penukaran nitrat kepada nitrit perlu ada, itu kita panggil settling chamber (SC)yang digunakan sebagai biological filter.

Ada yang buat 2 filter, 4 filter ,5 filter utk kolam dia. bergantung pada saiz kolam tersebut.

Filter perlu 20 -30% daripada keluasan kolam untuk menampung kebersihan kolam. Medium yang digunakan untuk filtration adalah mengikut citarasa,kemampuan pengguna. bagi aku, DIY jee lah yang aku mampu buat. Abg K punya idea pun cantek jugak guna span basuh pinggan.herm..mungkin aku nak campur dgn pelapik letak kaki kete yg mirip Jap matt tu..

Kolam berbentuk semulajadi(yang berkeluk2,saya dapati agak mudah untuk dibuat kerana tak perlu tempek tile dan secara free hand.Tambahan saya rasa utk stail kolam itu yang mempunyai waterfall, sand gravel filter rase amat sesuai digunakan. (lihat post terdahulu). Jadikan filter tu sebagai waterfall terus,boleh sorok daripada batu2 besar dan daun2/pokok2. Interesting project kalau nak buat ni.

P/S : post ni akan diupdate dr semasa ke semasa bergantung pada "datang ilham dan masa".he!he!
..........read more...learn more.......know more

31 MAC 2010

PROSES LALUAN FILTER :

Secara asasnya, ini adalah laluan air yang akan membuat satu pusingan lengkap ( untuk optimumkan kebersihan air, sekurang2nya 1 1/2 pusingan dalam sejam, maknakata pump tu sedut air 1 1/2 kali jumlah air dalam kolam tu )

Dari dalam kolam, air bercampur debris(taik2 +makanan ikan) akan berkumpul di dasar an akan masuk melalui Bottom Drain (BD)@ longkang bawah tu, di bawa ke settling chamber (pre filter/takdak filter lagi. Ia bertujuan utk menyenangkan anda cuci kerana semua kotoran kasar akan berada di situ dulu.

Kemudian, akan lalu ke filter ke dua, ketiga,keempat(bergantung pada anda dan keluasan kolam sebenarnya).Yang last adalah air bersih yang akan dipam keluar ke waterfall/areation lain masuk ke dalam kolam balik. Ini adalah secara kasar bagaimana ia berjalan.

Settling Chamber
Ia lebih kepada "JAMBAN" yang akan terima kotoran dan sebagainya. Biasanya Kalau kolam orang2 kaya(yang mahal), kontraktor depa akan letak FILTER2 ni jauh2 dari kolam, supaya tak nampak di kolam tu. Ada jugak yang letak di belakang kolam.

bersambung......

No comments:

Post a Comment