Tuesday, October 19, 2010

KOLAM EN. ROSLI

Daripada emel en. Rosli :

Assalamualaikum,

saya adalah peminat ikan hiasan dalam kolam.Saya memiliki sebuah kolam berukuran 4 kaki x 9 kaki dan tinggi 9 incisahaja (air sedalam 8 inci sahaja)Berbelas ekor ikan kap (saiz lengan dewasa dan ada sebesar lengankanak-kanak). 1 ekor ikan jelawat, ada juga 1 ikan puyu dan 1 ikan sepat benua. Ikan bandaran 2 ekor (besar lengan, bebudak mynmar pancing, tak lalu nak makan, depa bagi, bolehlah cuci kolam)
Mengguna tiga filter (1 beli dan 2 buat sendiri).
Pump untuk filter tak pernah berhenti (kalau berhenti, bermakna tiadaletrik atau pump rosak).
Filter belum cuci lagi sejak sebelum bulan puasa lalu.Air kolam bersih dan jernih. Paling cepat 2 minggu sekali salin.(Dalam gambar yang disertakan, dah masuk hari ke 12, masih jernih.)
Yang herannya air tidak berkeladak.
Malam lampu menyala secara automatik (8 mlm hingga 10 mlm)
Kolam hanya mendapat cahaya matahari sedikit, seolah-olah macam berada
di dalam hutan.

Saya serta beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama.

"Kolam tak dalam (8 inci) tapi ikan tak lompat. Semua dapat hidup
bersama secara harmoni"







No comments:

Post a Comment