Monday, December 27, 2010

bagaimana membuat lantai pebbles wash

Hari nak share bagaimana utk membuat lantai pebble wash. Harap perkongsian ini membantu mana2 DIYer yang berminat. he!he!

1. Mula2, pegi kedai.
- Beli pebble stone saiz: 5 ok, saiz 8 besar sikit batunya (terpulang)
- Beli simen (biasa pun takpa..jimat kos)
- Berus sabut
- Kain buruk
- baldi bancuh simen (kalau ada takyah beli ler)
- alat2 perata simen (kalau ada takyah beli ler)


2. langkah2 :

a. masukkan air paip sebanyak 1/3 baldi
b. gunakan alat perata simen/ utk memasukkan simen ke dalam air.
-caranya : ayakkan supaya simen tak berkumpul setempat.
c. masukkan simen sehingga anda nampak air meresap ke simen. tambah lagi simen sehingga tutup air yang meresap tu.(jangan banyak sgt)
d. ok, tunggu dalam 5 minit kemudian kita gaulkan simen tu biar sebatu (biar jadi macam doh)
e. Kemudian, campurkan pebbles tu dan gaul sehingga sebati.( jumlah pebble adalah sehingga anda nampak macam simen dah cover secukupnya pebbles tu)

Siap utk prosesnya.

3. langkah seterusnya.
a. taburkan pebbles yang dah bercampur simen tu ke tempat yang nak dibuat. ratakan sehingga penuh (Jangan tebal sangat, dalam 3mm-7mm saja dah ok)
b. tambah mana2 tempat yang nampak berlopak.
c. biarkan selama 2 hingga 3 jam. (kalau panas terik, sejam dah ok rasanya..maknakata jangan pergi mana2 laa, nanti keras pulak simen tu)
Tips: kitaa boleh ke langkah seterusnya apabila simen tu agak keras, mampat tapi belum kering sepenuhnya. use your instinct)
d. Alirkan air dan gosok dengan berus sabut dengan perlahan2. Selain berus sabut anda juga boleh guna berus kasut. gosok sehingga simen tidak kelihatan pada atas pebble tersebut.
e. Setelah selesai kerja2 menggosok, ambik kain buruk dah tekap pelan2 utk absorb lebihan air.
biarkan kering dan kerja anda siap.....

Tips : jangan buat malam, kalaua nak buat biar ada lighting yang bagus kerana anda akan ter "miss" gosok!(macam aku!!!huhuhu!!)

This is the final product bagi amatur seperti aku.(malam tadi baru buat)






InsyaAllah aku update tips kalau batu tu blur dsbnya. (dalam kepala aku nak pakai asid hidroklorik jee nih! he!he!)

17 comments:

  1. tahniah..broo..menjadi pebles wash nihh cantikk

    ReplyDelete
  2. Salam, Sdr Norazman dah cuba buat ke? Alhamdullilah klu menjadi. Tahniah!

    ReplyDelete
  3. rajin betul...nak try gak bt sendiri lps ni..

    hang x sapu minyak ke kasik kilat & protect pebble stone tu..

    ReplyDelete
  4. Upah buat benda ni...sikit la punya mahal...utk 42kaki , tukang nak RM800 - RM1200 (upah kerja). Barang dah beli... ingat nak try buat sendiri je... Payah ke nak buat ni...

    ReplyDelete
  5. salam, boleh sy tahu cemana nak kira kos utk buat lantai guna pebbles ni? saiz 600sqft. TQ.

    ReplyDelete
  6. sorry awitz

    Saya tak tahu nak kira costing tu. Tapi mahal ler tang barang tu..pebbles tu yang mahal sebenarnya. Kalau nak buat stail R&R tu boleh save cost laa pasal guna simen.

    ReplyDelete
  7. alahai...byk2 terima kasih atas info ni.mmg nak buat...kira2 upah buat mahal wooo...nak cuba sendiri la...

    ReplyDelete
  8. no problem. kalau nak buat sendiri pun boleh...senang jee.

    ReplyDelete
  9. bagus info ni...teringin nak buat sndiri..tp sy ppuan..kudrat x mcm org lelaki..hehe
    kena upah org jgk nmpknya..:(

    ReplyDelete
  10. thanks for the info. ..... da beli lama pebbles wash nih tp x jumpa2 org nk upah. with diz info leh buat sndiri diz weekend. gotong royong wif brother2.

    ReplyDelete
  11. Wah..teruja nk buat sndri.. tp kat hardwear ke nk cari batu pabble wash ni...??

    ReplyDelete
  12. Skrg senang x perlu guna simen. Guna epoxy gum..lebih senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nama epoxy gum ni?nak pegi beli kat hardware tp tak tau nak ckp mcmna?ada brand dia tak?

      Delete
    2. Apa nama epoxy gum ni?nak pegi beli kat hardware tp tak tau nak ckp mcmna?ada brand dia tak?

      Delete
  13. Assalamualaikum haslah, mane nak dapat pabble wash 2 eh..

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Did you hear there is a 12 word phrase you can say to your crush... that will trigger deep feelings of love and instinctual attraction to you buried inside his chest?

    That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, idolize and look after you with all his heart...

    ===> 12 Words Will Fuel A Man's Desire Impulse

    This instinct is so hardwired into a man's brain that it will drive him to try harder than ever before to make your relationship as strong as it can be.

    In fact, triggering this dominant instinct is absolutely important to achieving the best possible relationship with your man that the moment you send your man one of the "Secret Signals"...

    ...You will instantly notice him open his heart and soul for you in such a way he haven't experienced before and he will identify you as the one and only woman in the universe who has ever truly appealed to him.

    ReplyDelete