Saturday, November 27, 2010

carpenting

Lama jugak tak posting ni

Last 2 weeks, aku ada buat para utk pokok anggur dan hasilnya segini jee la. Projek ini baru half way, tak sambung abih lagi kerana simennya..yarabbi memang keras sungguh, patah paku simen, drill tak lut.

Tadi baru jee beli kayu utk buat pelantar kat tepi kolam tu. Esok baru buleh amik pasal tak depa tak ketam lagi. nak kena shelek lagi, aku beli shelek yg mahal sikit, 1 liter RM 30++ kerana kayu ni akan berjemur dan berhujan.. harap2 tahan lama.InsyaAllah!

Macam biasa, buruh2 import sedang "buat kerja" mereka dan...sebagai mandor, den nengokkan jee pasal dok pikir, lepas ni jenuh nak menyental.

video



Pokok anggur ni tgh galak nak "memanjat", sebab tu laa rasa tiba masa aku "terpaksa" buat utk temporary.





Best jugak ada pokok malberi ni..buahnya beso2 jugak





will update soon...with photos & videos "cap ayam"








video

Tuesday, November 2, 2010

Feeding time...

Salam

Pagi tadi, sempat ambik video masa bagi makan ikan2 kap aku. So far, dah ada 9 ekor (1 kembali ke rahmatullah, ntah macam mana ada kat luar kolam? masa baru beli). Walaupun ikan kap yang cikai jee, 2 kap taiwan, 7 lagi made in Malaysia,kot?...tapi Alhamdullilah semuanya sihat walafiat.

Air nampak murky sikit tapi as long ikan semuanya hepi dan aktif, ok laa tu. Makin lama air tu dah nampak makin ok kualitinya. Mungkin pasal bakteria yang aku taruk dalam filter(BD)tu dah hidup membiak dan matt yang aku tambah dalam filter2 tu. Yang penting waterfall tu boleh supply oksigen secukupnya.

TIPS : kalau nak beli ikan murah2, sila lihat post yang saya dah buat. Tambahan, always survey, tanya orang kedai2 ikan yang ada sekitar anda. Ini pasal masa beli 5 tolak 1 ikan2 tu, tak tahu pulak ada kedai ikan dekat town(dekat ler dgn rumah) yang ada ikan2 yang lagi besar dan cantik DAN yang paling penting regenya sama jee dgn ikan yang aku beli kat kedai sebelumnya. Rege sama tapi saiznya sama besar dgn ikan kap taiwan yg aku beli tu, lebih kurang samanya je color dan kualitinya.

video

Monday, November 1, 2010

Bagaimana untuk buat dinding custom drp simen?

Salam

Bagi menjawab sdr Fauzi bagaimana untuk buat dinding/wall, saya akan terangkan di sini. (Ni pun saya belajar drp sifu che Jai (jiran lama :) )+ from my own imagination.

So, these are the steps :

Cari tempat kat rumah yang clear, atas simen @ tile ok jee. Syaratnya kena lapik dengan kertas surat khabar banyak2 supaya tak lekat pada lantai nanti. Tempat pembuatan hanya di lantai sahaja...kalau boleh lagi dekat dgn kolam lagi bagus he!he!)

1. Buat frame drp kayu (pastikan kayu tak tinggi lebarnya, nanti berat pulak nak ngangkatnya)

2. Beli besi @ jaring yang tebal i.e dawai mata punai (utk buat pagar/kandang itik, he!he!) utk buat rangka supaya tak mudah retak, kuat strukturnya dan tak terbelah dua kalau retak)

3. Lepas paku dan measurementnya dah betul dgn tempat yang kita nak letak tu, bancuh simen secukup rasa. nak lagi kuat tambah batu kerikil.(pasir kasar dah ok, nanti tak larat nak angkat!)

4. Letakkan simen ke dalam acuan yang dah kita buat daripada kayu tadi. Pastikan rangka dawai yang kita letak dalam acuan tu tak tersembul, biar dok dalam in between lagi bagus.(beli dawai mata punai yang nak bela gajah,lagi ok..klu adalah)

5. Selesai, sebelum simen kering, buat jaring2 i.e lorek ler pakai paku atau apa2 pun supaya nanti nak lekat tile etc, takyah nak ketuk balik, senang lekatnya.

6. Biarkan kering semalaman..bukak balik kayu tadi..dah hey presto! siap!!!

Lebih kurang macam ni ler diagramnya.