Wednesday, March 24, 2010

Bagaimana utk mengelakkan kolam daripada bocor?

Salam

Ianya bergantung pada anda untuk membuat pilihan.Ini kerana saya mempunyai beberapa kaedah daripada mereka yang memang kerjanya membuat kolam ikan. Ada yang guna pelekat macam tampung bumbung tu,kemudian plaster balik guna simen. Lepas tu guna gam simen 2 atau 3 kali lapis(biasanya guna berus cat rumah utk buat lapisan tu.

Apa yang saya buat hanyalah menggunakan simen khas iaitu SIKA 107(seperti yang saya dah post) yang mana ianya mempunyai 2 kompenan iaitu simen khas(bau macam baja ikan huh!huh!) dan gam (5 liter, macam susu). Mix them together dan jangan campur dgn air.
Ada yang sapu gam tu dulu..layan sekali kosong. Lepas tu baru campur dgn simen khas tu.

kalau ikut ratio dia, simen tu agak keras jadi macam simen kosong utk plaster dinding. So, saya gunakan ratio 2:3 (gam:simen).Sticky but good enough utk melekat. Saya buat 2 layer saja. Baca instruction pada produk tu utk tempoh masa utk 2nd, 3rd layer(jika nak).

Information ttg bagaimana utk buat kolam secara intensif memang takde kat dalam Internet,saya dah puas cari dah. Kalau nak dapatkan gambaran, bolehlah ke website berforum Malaysia ni :www.koi.com.my
(Kebanyakkan member dalam forum ni sumenya "miskin2", kolamnya murah2...dalam 16K, 60K jeee. :)

8 comments:

  1. Salam,

    1) Saya nak tanya berapa harga SIKA 107 yg saudara guna tu? Berapa kilo simen khas & berapa liter 'susu' utk harga bagi packaging tsbt ?

    2) Saya tak ingat berapa saiz kolam saudara, tapi berapa banyak SIKA 107 yg digunakan utk mewaterproofkan kolam saudara tu, banyak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu set simen dan gam RM106 termasuk gst.... saya buat kolam ikan koi seluas 6x4 dan kedalaman 2. 5 kaki... set ni masih lebih lg.

      Delete
  2. kalau ada jawapan utk diatas mungkin boleh email saya sekali di jnorzam@gmail.com...

    Thanks.

    ReplyDelete
  3. salam, norzam. Regenya dalam RM75 jee. diaa ada kompenan A(cam simen) dan kompenan B(mcm susu getah).Ni dah consider dalam package.

    2. Satu beg pun tak abis,cuma susu dia jee abih dulu. masuk dalam website Sika(dalam tu ada mention capacity for each products. Yang nyatanya klu kolam tak besar mana komperm cukup.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum
    saya sedang buat sendiri kolam renang anak2 10 x 15 x 3 kaki
    dinding asas dan simen konkrit sudah siap, belum plaster lagi masih kasar menggerutu simen.
    untuk finishing apa patut saya buat bagi nak elakkan bocor... boleh guna cat waterproof saja ke sebab saya tak gunakan Sika 107. terima kasih 0196092638 / rashid / trengganu

    ReplyDelete
  5. Masalah saya kini kolah air serap, tak tahu punca, saya nak bersihkan simen plaster lama untuk buat baru. bagaimana caranya. Tolong beri tin sika 107 dan simin khas tu mcm mana, pakai simen biasa tak boleh ke.

    ReplyDelete
  6. Kolam ikan saya saya ada letak jubin di lantai dan dinding dan saya dapati paras air turun kemungkinan bocor jadi apakah bahan yg boleh menutup kebocoran tersebut tanpa saya memecahkan kembali jubin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna epoxy resin encik.... sapu macam cat ... biarkan kering
      Kalau nk tambah cat bsama epoxy pon boleh... cara ni lebih jimat kos bbanding upah kontraktor utk seal tempat bocor

      Delete