Salam.
pertanyaan sdr kepada2 desa ttg apa itu Gravity Fed. Mohon maaf kerana saya tidak terbaca post2 yang lama.
Gravity Fed bermaksud aliran air menggunakan tarikan graviti. Ini bermaksud air akan mencari kawasan/area yg lebih rendah darinya dan akan berhenti apabila ianya sama paras.Sebagai contoh, ada 2 kolah surau/masjid yg bersebelahan/bercantum. satu ada air dan satu lagi kosong. Jika kita tebuk satu lubang di bahagian bawah dinding pembahagi kolah itu, maka air dari kolah yang berisi air itu akan masuk ke kolah yg kosong tadi sehingga mereka(air) dari kolah A dan B sama level. Itu yg dimasukkan gravity fed.
dalam konteks kolam ikan, air dari kolam akan melalui BD ke settling chamber(SC) tanpa memerlukan pam kerana air dari kolam akan mencari kawasan yg belum "level" dgnnya iaitu SC.
P/S : Untuk membuat Filter seperti kebanyakan otai dr Indonesia, anda perlu tahu bagaimana sistem piping dibuat utk setiap filter serta saiznya DAN yang penting konsep alirannya. Ini saya belajar dari banyak website2,forum2 dan akhirnya saya memahami konsep yg mereka buat.
No comments:
Post a Comment