Tuesday, March 23, 2010

SKILLs utilizations

Salam

Saje nak bukak tread ni, just to share what i gain from my experiences in making my own pond with my bare hands.

Last week, as usual without no due date to rush, aku pasang tile kat blakang rumah aku. Since aku ada a little experience in making tiles pada kolam tu, maka akupun teruskan usaha pasang tile ni. Asalnya aku nak mintak tolong che Jai(sifu aku) buatkan, tapi disebabkan beliau sibuk dan "mem besar" asyik dok tanya bila nak buat...on jee lah.

Walaupun tak se"pro" mana, akupun blasah jee buat. Here are the results so far.

Note : You can save lots of $$$ if you can DIY dan apa yang penting anda berani dan konpiden yang anda pasti boleh buat. he!he!











Ini ler tile cutter yg di"borrow" dari Che Jai



nearly completion, smalam (25/3/2010) lupa nak ambik gambonya.

Sunday, March 14, 2010

filtration basic

Salam

Filtration ni kita boleh kata macam water filter konsepnya, iaitu untuk menapis kotoran dan bakteria(etc) yang ada sebelum selamat utk diminum. Water filter ada 4 filter,6 filter, malah ada 8 filter kononnya utk tujuan penyucian air.
Based on konsep tu, digunakan pada kolam ikan seperti bakki shower, sand gravel dan macam2 lagi jenis. Namun konsepnya sama.

Tidak seperti water filter yg mempunyai collaidal silver (seramic) yang boleh membunuh kuman,jadi kolam ikan harus mempunyai satu tempat pembasmian "kuman". bahan buangan ikan termasuk makanan ikan boleh menjadi toksin kepada ikan. Jadi satu tempat penukaran nitrat kepada nitrit perlu ada, itu kita panggil settling chamber (SC)yang digunakan sebagai biological filter.

Ada yang buat 2 filter, 4 filter ,5 filter utk kolam dia. bergantung pada saiz kolam tersebut.

Filter perlu 20 -30% daripada keluasan kolam untuk menampung kebersihan kolam. Medium yang digunakan untuk filtration adalah mengikut citarasa,kemampuan pengguna. bagi aku, DIY jee lah yang aku mampu buat. Abg K punya idea pun cantek jugak guna span basuh pinggan.herm..mungkin aku nak campur dgn pelapik letak kaki kete yg mirip Jap matt tu..

Kolam berbentuk semulajadi(yang berkeluk2,saya dapati agak mudah untuk dibuat kerana tak perlu tempek tile dan secara free hand.Tambahan saya rasa utk stail kolam itu yang mempunyai waterfall, sand gravel filter rase amat sesuai digunakan. (lihat post terdahulu). Jadikan filter tu sebagai waterfall terus,boleh sorok daripada batu2 besar dan daun2/pokok2. Interesting project kalau nak buat ni.

P/S : post ni akan diupdate dr semasa ke semasa bergantung pada "datang ilham dan masa".he!he!
..........read more...learn more.......know more

31 MAC 2010

PROSES LALUAN FILTER :

Secara asasnya, ini adalah laluan air yang akan membuat satu pusingan lengkap ( untuk optimumkan kebersihan air, sekurang2nya 1 1/2 pusingan dalam sejam, maknakata pump tu sedut air 1 1/2 kali jumlah air dalam kolam tu )

Dari dalam kolam, air bercampur debris(taik2 +makanan ikan) akan berkumpul di dasar an akan masuk melalui Bottom Drain (BD)@ longkang bawah tu, di bawa ke settling chamber (pre filter/takdak filter lagi. Ia bertujuan utk menyenangkan anda cuci kerana semua kotoran kasar akan berada di situ dulu.

Kemudian, akan lalu ke filter ke dua, ketiga,keempat(bergantung pada anda dan keluasan kolam sebenarnya).Yang last adalah air bersih yang akan dipam keluar ke waterfall/areation lain masuk ke dalam kolam balik. Ini adalah secara kasar bagaimana ia berjalan.

Settling Chamber
Ia lebih kepada "JAMBAN" yang akan terima kotoran dan sebagainya. Biasanya Kalau kolam orang2 kaya(yang mahal), kontraktor depa akan letak FILTER2 ni jauh2 dari kolam, supaya tak nampak di kolam tu. Ada jugak yang letak di belakang kolam.

bersambung......

Tuesday, March 9, 2010

BEWARE OF pekerja kontrak/jurujual

Taktik/teknik perompak/penyamun :

1. Datang rumah yang kosong(mungkin diorang dah riki laki bini pergi keje), letak simen, batu bata dan berdiri depan pagar sambil buat2 tgh tipon owner.
"Tokey, saya sudah datang rumah u tapi kunci, macamanan ni, barang sudah bawak?"
U mau saya potong padlock ka?,..ok!ok!!
(dia akan sembang sekuat mungkin agar ada jiran2 yang dengar)

2. Jurujual yang bagi diskaun macam gores dan menang tu (, kemudian bagi barang, then cakap barang yg dia bagi tu brg yang ditukar (tak elok), so dia ambik balik utk tukar..lepas tu lesap.(normally dia akan kenakan makcik2)

3. Pekerja kontrak yang buat renovation kat rumah, riki tgk then rompak bila siap projek.

4. Pekerja penghantaran elektrik/perabot..akan bagi alasan susah nak hantar, mungkin hantar esok..dia akan tgk ke"urgent"nan pembeli nak barang. Kalau pembeli cakap dia nak kluar out stesen atau vacation,malam tu ..lesap abis.

So, beware of what you said and trust nobody...

Kejadian di atas semuanya benar2 terjadi.

Wednesday, March 3, 2010

Terima kasih atas komen anda

Salam

Aku baru tertengok satu komen daripada pelawat blog aku ni. Sorry kerana lambat reply, pasal saya tak tertengok post/komen2 lama.Anyway, since aku dah buat column chat sebelah kiri tu, boleh ler gunakannya untuk mengingatkan aku (reminder laa tu, dah tua dah!He!He!)

Sunday, February 28, 2010

Costing so FAR

Herm, aku start buat kolam ni dalam bulan 11, last year kot? Dah lima bulan dah aku dok prosah siang dan malam. Memang perlukan komitmen dan minat yang tinggi utk accomplish projek ni. For those yang dah duduk rumah sedia ada tu, rasenya lagi cepat siap pasal tak perlu berulang alik.

Setakat ni aku kira,congak2 dah hampir RM 1400++ dah abih. (over budget dah ker?)Ini kerana beberapa perkara yang aku tersilap beli, terlebih beli, beli tak pakai pun ada dan aku ada beli tools(termasuk gak dalam budget spt grinder, alat2 menyimen etc.)Dengan kata lain, perancangan yang aku buat selama ni dah bagus cuma aku tak ada experience dr segi nak cari barang dan trouble shooting.

Yang aku nampak banyak guna modal ialah batu konkrit, pasir kasar+halus, simen (aku rasa dah 4 beg simen aku pakai kot?),tile +craft stone(ni pun mahal gak). Anyway, kalau aku nak buat kolam lagi aku dapat rasakan aku boleh save at least 30% daripada kos di atas. Aku rasa aku dah buang dalam tiga ratus senyap2...he!he!

Friday, February 26, 2010

FILTER UPDATE

Pada mulanya aku nak buat sand gravel filter kat blakang utk air terjun. Tetapi bila dah settle, kolam ni aku tanya jiran aku (dia memang keje buat kolam ikan ni), dia bagi suggestion kat aku suruh pakai 2 filter yg aku konritkan tu jee. Lagi pun kolam aku katanya tak besar mana, cukup.

Sand gravel filter tu pada sapa2 yang nak buat kolam stail semulajadi yang ada air terjun turun tu elok sangat pakai jenis ni. kalau sapa berminat, boleh aku lukiskan. he!he! (charge RM2 masuk dalam a/c)

nanti aku upload sistemnya...tunggu!!!!!


Gambor baru ambik smalam (10 MAC 2010)


Tunggu nak pelicin & varnis jee kayu pelantar dan penutup SC nih


Ni akan jadi wier yg akan mengalir dari atas scraftstone tgh2 tu


95% dah siap..aku tak pasang lagi wier tu


Kebetulan jiran aku mai smalam, terang gambonya, dan aku snap kat umah dia..nanti ada wall/pagar takder ler sakit sgt mata memandang. he!he!

Sunday, February 21, 2010

new tools in hand, barang baru beli

Salam

Saje nak bukak new post. This time about tools. I'm kindda tools/gadgets person.
Semalam (21/2/2010), aku pusing cari GRINDER, of course yg paling murah/berpatutan dan tahan. Jumpa satu brand dari Singapore, regenya aku beli RM 110.00, promotion katanya. nanti harga jual jadi Rm 150 mcam tu lah katanya. Brandnya "Bullmaster" The thing is masa aku guna smalam, dia punya feel sebaik toshiba, makita, bosch yang pernah aku try(orang punya laa),nampak heavy duty laa grinder nih dan nampak cam mahal(keh!keh!).Ni website dia...bukan aku nak promote tapi utk sapa2 nak beli grinder... http://www.bullmastertools.com


ni ler grindernya.baru aku upload ari ni (27/2/2010)

NI simen yang akan digunakan utk water proofing, taknak bagi leaking. Instruction tak baca abih lagi. (kena tanya orang dulu camna nak buat!,he!he!)






Ni adalah bahan aku guna utk water proofing. (Mahal jugak rupanye, nasib baik aku bawak $$$ lebih ari tu. Kawan konfiden jee dalam at ingat ni mesti tak sampai 50, tup!tup! aso tu bagi tua'(bil)...RM 88.00 slash diskaun 3 inggit, jadi RM 85.00.

Benda last aku nak beli adalah : PAM AIR....siap ler sratus lebih lagi...tu paling last dah takd apa2 lagi nak beli..errrr mungkin soket elektrik laa.