Wednesday, December 30, 2009

Salam

Terdetik aku untuk menulis ari nih. It's all about kolam ikan since blog aku pun pasal kolam ikan hiasan. Sebenarnya, projek yang aku mulakan ni banyak memberi aku experience, knowledge dan yang paling terkesan, aku punya ciri diri tu dah diupgrade.

Sebelum ni aku jenis buat kerje skerat jalan, kalau aku rasa dah boring nak buat, aku stop, tak mau buat dah. Tapi aku punya determination utk menyiapkan kolam ni still membara2.Everytime aku pegi buat(normally malam2 laa, tu jee masa yang ada, memang banyak cabaran dia especially budak2 tu yang nak ngikut. Kadang2 jee aku bawak diorang pegi tgk kerana...aku tak mau cerita sini.keh!keh!(kesimpulan dia,balik budak2 tu kena balik mandi pulak ler)

Keduanya planning/organize dan kita berfikir a step a further,...banyak further. Which mean untuk melakukan sesuatu kita kena merancang dgn baik, kalau buat macam ni apa kesan dia, kalau ikut sini in future kalau paip bocor macamana...etc.

Kalau dulu aku tak reti bancuh simen, tampal simen, buat konkrit, tapi skarang aku dah pandai laa skit walaupun tak sepro buruh indon.(aku respek geng2 kontrak indon nih, teror bab2 ni!)Dengan kata lain, improve/increase your ability to do something else.

Kadang2 masa kita buat tu, macam2 masalah timbul dan ini memerlukan kita berfikir utk troubleshooting. Aku belajar menyelesaikan masalah dan yang penting membuat keputusan atas apa yang kita buat. That's the beauty of making your own project.

Projek ni banyak mengajar aku erti SABAR lah!

Anyway, kesimpulan dia, aku YAKIN aku mesti boleh buat punya!

Tuesday, December 29, 2009

UPDATE projek Kolam Ikan Hiasan

Salam

It's been a while aku tak "prossah" kolam tu. Sibuk pasal "mem besar" dah komplain dok asyik kolam ikan jee, rumahnya bila nak di cat. Bila main bab cat ni, aku tak brapa brani nak ambik "buruh upahan" bawah umur aku tapi kerana nak share experience dan joy, so aku bagi ler peluang untuk mengecat master bedroom aku sebagai pilot project ....(cat yang aku beli memang bestlah,easy to paint&repair!)nanti aku post gambar "pekerja2 bwh umur" aku sedang "bekerja".


jenuh nak level balik!

Last week aku dah plaster mana2 tempat yang tak rata dan aku dah beli tile for aksesori tambahan. Makin lama makin banyak yang nak kena buat..Lantai kayu aku tak buat lagi sebelah kolam nih. (Kayu aku amik kayu palet) kat kilang member aku keje... kayu pain, cantik pasal urat2 dia kalau kena shelet..perghh!



At last, dapat jugak pasang tile ari sabtu hari tu..Kredit pada En. Jailani (Abg Jai) selaku sifu aku ari tu yang ngajor cara2 nak pasang tile.
Hah! sapa2 nak buat kolam ikan, kontek Abg Jai nih!..promo!promo!huh!huh!)
PS : Aku dok risau budak2 jadikan kolam aku kolam renang depa jee...terpaksa convert, bela ikan dalam balang pulak.heh!heh!


Ni gambar ari sabtu, Ari Ahad banyak lagi la tile yang dipasang oleh aku sendiri pulak. Malam tadi aku pulun dok pasang tile sorang2..Dapat ler dalam 7 keping pasal nyamuk YArrabii...macam SET*#N banyaknya. Kiranya malam tadi aku di"perkosa" ramai2 oleh nyamuk tuh!(Kena standby ubat nyamuk next time!)




12 JAN 2010

As usuall, malam tadi aku "on" sorang2 ditemani nyamuk yang makin berkurangan. Lega!
DAN sifu aku Che Jai datang menjengok hasil keje2 seni amatur aku. So, this is the result for last nite punya keje.







Sunday, December 20, 2009

PENGIRAAN KELUASAN KOLAM

Untuk kolam 4segi:
PANJANG X LEBAR X DALAM X 7.5=.......GALLON
(dalam ukuran kaki)



Untuk kolam berbentuk bulat :
1/2 diameter X (22/7 @ 3.14) X dalam = .....GALLON.
(dalam ukuran kaki) (pai)



Untuk kolam yang tak sama langsung,berlekuk2 :
Ambil ukuran diameter terpanjang DAN guna formula utk kolam BULAT



* DALAM = purata kedalaman maksudnya kalau ada tempat dalam dan cetek, ambil bacaan, campurkan kedua2 DAN bahagi 2 utk dapatkan anggaran DALAM.

Anda boleh convert ke liter kerana ada juga pump menggunakan kiraan liter tertera pada descriptionnnya.

1 gallon = 3.78541178 liter
Maknakata, kalau kolam anda 400gallon

400gallon X 3.78541178 liter = 1513 liter
1 gallon

* Penting utk tahu saiz KOLAM untuk pembelian PUMP dan sistem Filterasi.

Wednesday, December 16, 2009

Keperluan sistem Filterasi

Sistem filterasi ni adalah proses pembuangan kotoran dalam kolam ikan termasuk taik ikan, makanan berlebihan, sampah dsbnya. kalau takde sistem filterasi ni, beberapa perkara akan berlaku kat kolam, mahupun pada ikan :
1. Kolam akan menjadi warna HULK (hijau ler tu!)
2. Parasit dan makhluk2/penyakit akan senang terbentuk dan senang nak jangkit pada ikan
3. Air akan jadi kotor dan berBAU busuk yg mungkin menyebabkan ikan mati.

Aku ada baca yang ratio untuk filter dgn kolam adalah dalam 30%++ daripada jumlah isipadu kolam. Contoh kalau kolam tu 1000gallon, maknakata filter tu kena mampu tapis/filter 300gallon air kolam tu.

Sistem filterasi ni biasanya ada 2 stage, iaitu kita panggil mechanical filtering dan biological filtration.

Mechanical filtration ni mengandungi berfungsi utk sekat/tapis benda2 ni saja.Macam tong sampah laa. Biasanya medium yang dipakai ialah berus, pasir,jap matt dsbnya.(ada jual kat kedai ikan)

Biological filtration pulak berfungsi sebagai tempat untuk menukarkan bahan2 buangan/kotoran yang terlepas dari mechanical filtering secara biologi/semulajadi menjadi elok balik laa... Taik ikan ni ada ammonia, klu banyak sgt ikan dalam kolam tu,tu pasai la ada ikan yang mati. Jadi biological filter ni akan menjadi "port" utk bakteria. Bakteria anaerobic boleh tukar ammonia kepada nitrit yang juga berbahaya pada ikan. Tapi ada jugak bakteria anaerobic yang boleh convert nitrit kepada nitrat yang baik utk ikan. (macam belajo kimia form 5 dulu!)

Selain daripada 2 sistem filter itu, Bottom Drain juga amat amat penting yang akan membawa kotoran ke settling chamber.

Ni guna gravity fed, so, takyah guna pump.jimat ler sikit.


NI contoh sistem filterasi dari indonesia(mostly diorang guna stail ni). air dari BD masuk ke Vortex(settling chamber ---> filter 1--->filter 2--->filter 3--->TPR & waterfall. Comprende

my sand gravel filter

This is how it's work



Dari pump, air akan masuk ke bawah dahulu dan akan melalui lapisan batu/pasir. Ibarat macam water filter kat rumah lah.
* sila lihat dalam post projek kolam ikan hiasan

Ball valve tu sebenarnya utk waste/kalau kita bersihkan filter ni. Boleh buat pilihan sama ada nak buat bawah atau tepi tu. So sebenaqnya satu jee lah.

So konsep asas dia ialah :

1. air ke filter tu mesti turun ke bawah dulu atau melalui batu kelikir(yg besar, kemudian ditapis ke halus dan halus)
2. Air yang turun tu nak cantik buat macam pusaran, sebab tu aku tebuk paip yang macam bentuk paip rokok tu.
3. lapik ler dgn apa utk tahan batu dari jatuh ke bawah. Aku guna talam jee, tebuk lubang utk air naik atas dan aku guna paip pump akuarium (50sen 1 kaki jee)utk lilit keliling talam utk utk elak batu terlolos ke bawah.
4. bila air dah penuh, ia akan luar ke kolam balik. nanti aku akan kerat buat muncung dalam 10 inci utk aku alirkan ke waterfall.(lihat g/rajah)

Wednesday, December 9, 2009

Bagaimana mahu bermula?

Aku terdetik dan nekad nak buat kolam ikan ku sendiri setelah melihat makcik2 jee yang buat DIY kolam sendiri. Yang bagusnya, makcik2 ni banyak bertanya dan baca buku.
Jadi aku pun masuk forum dah banyak knowledge aku dapat dan konsep2 penting dalam pembuatan kolam ikan.

Jadi kalau sapa2 yang kata aku tak boleh buat, fikir2 kan:

1. Aku tak pernah gaul/bancuh simen sendiri(kecik2 ada laa..main2 tolong bapak aku)
2. Aku tak pernah buat piping PVC sendiri(skrg apa2 leaking kat umah sewa aku, aku buat sendiri jee klu PVC pipe la...)
3. Aku tak pernah buat kerja2 melibatkan construction ni.

Jadi, apa yang penting :

Good planning --->NEKAD ---> DETERMINATION(jgn hangat taik ayam jee!)---->TIME MANAGEMENT

That's what i'm doing ..until now! latest update :10/12/2009(75% done)

JIKA MAKCIK TU BULEH BUAT, TAKKAN AKU TAK BULEH BUAT!!!

P/S :Saya boleh lakukan!(anak2 aku slalu cakap,ambik drp CERIA 611, Kapten BOLEH!)

Tuesday, December 8, 2009

18 soalan sebelum anda teringin buat kolam

1. Berapa beso kolamnya? skali dgn ukuran panjang X lebo x dalam.
2. Kolamnya nak letok di mane rasenye? depan rumah? blakang rumah atau dalam rumah?
3. Nak letak pokok2 ke dalam kolam nanti?
4. Nak buat kolam pakai liner(kanvas cam tutup blakang lori tu) atau konkrit?
5. Penting atau tidak dari segi bentuk kolam anda? bulat? 4 segi?
6. Dalam mana agaknya aku nak buat kolam nih?
7. Perlu pakai filter dak? penting ke filter nih?
8. Nak pasang filter dekat atau jauh dari kolam?
9. Nak guna pre-filter dak? (pre-filter ni macam tempat sementara air berada sebelum masuk ke filter sebenar)
10. Beso mana nak pakai pumpnya?
11. Saiz apa nak buat piping utk pengaliran air?
12. Perlu buat Bottom Drain tak?...perluuuuu....
13. Perlu ada skimmer dak? (kalau takde pokok dekat2 tu takyah ler..(dah jawab)
14. Perlu ada jet dak?(ni untuk pengaliran air (aeration/arus). takyah klu kolam kecik.
15. Perlu pakai UV dak? (UV utk mengelakkan algae/lumut)
16. Nak pasang lampu dak ka bawah air?
17. Berapa banyak ikan nak letak dalam kolam ni?
18. Nak buat sendiri atau upah orang? Upah orang mahal, buat sendiri best(puas ati walaupun lambat)

Monday, December 7, 2009

Kolam sistem penapisan eko-bio

Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my

TIDAK salah mencuba akuarium gergasi sebagai penghias laman.



Penapisan bahan semula jadi digunakan bukan saja menjimatkan wang, malah mesra alam dan kolam kurang penyelenggaraan

KESIBUKAN menjalani kehidupan seharian menyebabkan ramai yang mengabaikan kebersihan kolam di laman masing-masing sehingga menyebabkan bau kurang menyenangkan terhasil manakala air menjadi keruh dan menimbulkan pemandangan kurang menyenangkan.

Paling teruk, apabila kolam yang sepatutnya menjadi penyeri laman bertukar kepada sarang pembiakan nyamuk yang boleh menjejaskan kesihatan keluarga pemilik kediaman.

Untuk itu, pemilik kediaman yang mahu membangunkan kolam ikan bagi mencantikkan laman disarankan bertukar kepada kolam pasang siap yang menggunakan sistem penapisan eko-bio atau Eco-bio Filtration System.

Kolam pasang siap dengan Eco-bio Filtration System menggunakan penapisan bahan semula jadi, pasir sungai yang bukan hanya menjimatkan wang, mesra alam dan kurang penyelenggaraan.

Dibangunkan syarikat landskap Art Vision Landscape, sistem penapisan kolam berkenaan sudah diperkenalkan di negara ini sejak lima tahun lalu dan kini mendapat sambutan hangat penggemar laman.



GUNAKAN kreativiti seperti lesung lama menghiasi kolam.

Sistem berkenaan dijual bersama pakej kolam pasang siap jenis konkrit, fiber atau kaca berharga serendah RM3,000 seunit bergantung kepada bentuk dan saiz kolam yang menjadi pilihan.

Pereka kolam hiasan, Sammy Liew, berkata Art Vision Landscape menjual kolam hiasan bersama pakej Eco-bio Filtration System sesuai untuk penggemar hiasan laman yang sentiasa sibuk.

Katanya, kolam jenis berkenaan tidak memerlukan penyelenggaraan yang rapi dan airnya tidak perlu diganti selalu kerana ia boleh bertahan sehingga satu tahun, bergantung kepada kedudukan dan keluasan kolam.

“Kolam contoh menggunakan Eco-bio Filtration System di bilik pameran ini, sudah setahun air tidak berganti, namun ia tetap jernih kerana pasir sungai yang diletakkan di dasar kolam berfungsi meneutralkan air serta membuang sisa toksin dalam kolam,” katanya.



IKAN lampam pilihan ramai untuk kolam.
Sistem penapisan ini mula diperkenalkan di Jepun kira-kira 10 tahun lalu dan banyak digunakan dalam pembinaan landskap berkonsepkan Zen.

Selain berfungsi sebagai penapis, pasir sungai di dalam kolam turut mengimbangi pH air, menyedut kandungan ammonia, habuk dan sisa kumbahan dalam air.

Sistem berkenaan selain menggunakan pasir sungai sebagai bahan penapis mempunyai alat yang menyedut dan mengepam air masuk semula ke dalam kolam.

Seperti sistem penapis air yang lain, kolam pasang siap dengan sistem itu turut mengandungi pam oksigen dan paip air serta lampu untuk menerangi kolam waktu malam.

Kolam yang menggunakan penapis seperti ini boleh diindahkan seperti kolam di laman lain. Penggunaan tumbuhan air seperti melati air, kiambang dan pokok ekor kucing boleh digunakan.

Begitu juga dengan penggunaan ikan seperti koi, gapi atau lampan jawa yang semakin mendapat perhatian dalam seni landskap masa kini.

Fakta

Antara jenis penapis
Penapisan Mekanikal

Kebanyakan media dalam sistem penapisan jenis ini adalah alat mekanikal. Biasanya menggunakan alat pemutar air dan berus yang mencuci kolam sebelum sisa terampai serta kumbahan disedut dengan pam yang mencuci air menjadi lebih jernih.

Penapisan Biologi

Biasanya akan digunakan untuk membuang bakteria tertentu di dalam kolam yang terhasil daripada sisa kumbahan. Ada dua peringkat yang dapat membunuh ammonia. Satu peringkat adalah proses membunuh ammonia dan menukarkannya kepada nitrat menggunakan bakteria nitrosomonas. Peringkat kedua menukarkan nitrik kepada nitraty dengan bakteria nitrobacter.

Penapisan Kimia

Berfungsi mengubah ammonia dan bahan buangan organik lain dengan penyerapan bahan kimia. Ini bermakna sisa kumbahan dan ammonia dalam air ditukarkan kepada karbon. Zeolite boleh melarutkan ammonia dan nitrik di dalam air.

Penapisan Pasir

Ada kolam ikan koi menggunakan penapis pasir untuk menjernihkan air. Biasanya pasir ini akan disiram dengan air laju atau tekanan tinggi. Bakteria yang aktif akan diserap masuk ke dalam pasir, jadi kekotoran turut diserap sama dan air menjadi lebih cerah. Penapis pasir ini biasanya lebih mahal tetapi jika mahu jimat apa kata anda membuatnya sendiri di rumah.

Kepentingan Bottom Drain (BD) dalam Kolam

Memang penting sangat2. Alwajibbun lah kiranya. Tapi banyak yang aku nampak kolam2 biasa yg tak implemen penggunaan Bottom Drain. Dalam kolam tu kena buat slope supaya segala kotoran macam daun2, makanan tak abis, "najis" ikan tak berselerakan dan slope(lebih kurang 20 darjah condong ) ni akan membawa kotoran ni ke BD. Klu takde, makna kata jenuh laa kita dok "menyapu" kotoran2 di lantai/dasar kolam.


Ni ler rupanya BD tu. Klu manufactured punya mmg mahal tapi klu buat DIY..me me memang murah sgt2 (klu tahu caranya).

Pemilihan saiz piping utk BD jugak memainkan peranan kerana "flow"nya. Klu kolam dalam 400 gallon tu, pakai satu BD 2" atau 3" dah cukup.

Friday, December 4, 2009

Kolam air perlu jagaan teliti

Oleh Bennie Zie Fauzi
bennie@bharian.com.my


Mengindahkan kolam, selain membentuk kitaran air yang baik.

Pemilik kena rajin elakkan ancaman alga, lumut

MEMILIKI taman air dan kolam dalam landskap adalah impian setiap pencinta alam. Pesona yang ditampilkan biru kolam serta deruan airnya amat mengasyikkan mata dan telinga.

Malah seakan menjadi trend masa kini, kewujudan kolam air seperti satu kemestian bagi memastikan laman anda layak digelar taman yang menenangkan.

Tidak hairanlah, ramai yang berlumba-lumba memastikan elemen kolam air ini ada di laman masing-masing tidak kiralah di sudut atau di tepi laman rumah. Jika tiada ruang, binaan kolam air juga boleh dibuat di ruang terhad rumah.

Apa yang penting, kreativiti dan kesungguhan untuk mewujudkan kolam air berkenaan. Bagi golongan yang mampu pula, sudah pasti wang bukan masalah dan tenaga profesional bagi merealisasikan taman idaman pasti ini pula mudah dicari.

Selain desiran air yang mendamaikan, ditambah kehadiran ikan kap Jepun pasti mencipta ketenangan tersendiri sewaktu memandang kolam air ini.


Kolam dicemari alga. (Gambar kecil) Alga di bawah mikroskop.

Bagaimanapun, seindah mana pun atau keasyikan melihat kolam air ini, faktor lebih penting adalah bagaimana untuk mengekalkan keserian serta kesegaran airnya. Selain dibantu pam pembersihan air, pemilik juga perlu rajin memeriksa keadaan kolam air itu sendiri.

Ini disebabkan kolam air juga berdepan ancaman alga iaitu sejenis organisma yang hidup di dalam air selain mewujudkan persekitaran menjijikkan hingga mencacatkan keindahan panorama landskap.

Malah aspek pengurusan dan pemeliharaan landskap air amat mencabar serta memerlukan usaha berterusan.

Bagi mereka yang buntu, laman web http://living.oneindia.in boleh memberi panduan serta petua berguna menyelenggara taman air.


Kolam bersih alga menyerlahkan panorama hijau, subur dan mengasyikkan.

Ini termasuk sembur racun pemusnah alga pada pagi hari sekitar pukul lapan hingga 10 pagi. Pada waktu ini, pengeluaran oksigen sangat produktif. Namun, pastikan racun itu tidak memudaratkan ikan dan tumbuhan lain yang bermastautin dalam kolam.

Selain itu pasang sistem pengudaraan dan periksa secara berkala untuk memastikan ia tidak dilitupi debu dan habuk. Pastikan penuras udaranya sentiasa berfungsi dengan membersihkannya sekali dalam seminggu.

Bagi menghindari pembiakan nutrien tidak diperlukan, buang segera alga yang sudah mati dari kolam.

Jangan lupa hiasi kolam dengan tumbuhan terapung seperti keladi dan kiambang. Tumbuhan ini bukan sekadar hiasan, tetapi pokok teduh yang berupaya mencegah kemasukan cahaya matahari dan menyeimbangkan suhu sekali gus membantutkan pembesar alga. Cara ini mampu mengawal sekitar 70 hingga 80 peratus pembiakan alga.

Kawasan pinggir kolam yang ditutup dengan plastik mampu menghalang kemasukan nutrien tanah dalam kolam. Nutrien ini dipercayai menyumbang kepada kewujudan alga. Alternatif lain tanam tumbuhan penampan sekeliling kolam yang boleh menyerap nutrien.

Pemilik juga perlu mengekalkan persekitaran akuatik bermakna melakukan lebih daripada mengisi kolam dengan air dan ikan. Kesimpulannya, selain elemen alam seperti tumbuhan dan ikan, penjagaan laman yang indah juga memerlukan pemiliknya sentiasa memeriksa keadaan kolamnya.

TIP: Menjaga kolam

Sembur racun pemusnah alga pada pagi hari sekitar pukul lapan hingga 10 pagi. Pada waktu ini, pengeluaran oksigen sangat produktif. Namun, pastikan racun itu tidak memudaratkan ikan dan tumbuhan lain yang bermastautin dalam kolam.

Pasang sistem pengudaraan dan periksa secara berkala untuk memastikan ia tidak dilitupi debu dan habuk. Pastikan penuras udaranya sentiasa berfungsi dengan membersihkannya sekali dalam seminggu.

Kawasan pinggir kolam yang ditutup dengan plastik mampu menghalang kemasukan nutrien tanah dalam kolam. Nutrien ini dipercayai menyumbang kepada kewujudan alga. Alternatif lain tanam tumbuhan penampan sekeliling kolam yang boleh menyerap nutrien.

Nasihat juru landskap profesional ialah menggantikan sepuluh peratus kandungan air kolam setiap minggu.

Bina air terjun buatan untuk kitaran air yang baik. Buang daun kering, lumut dan tumbuhan mati setiap minggu bagi menghindari pembiakan nyamuk.

Kolam segera penyeri laman

Kolam segera penyeri laman
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my



Binaan pancuran air pasang siap guna batu granit warna warni kian popular

BINAAN kolam di dalam dan luar kediaman semakin popular sejak kebelakangan ini seiring dengan perkembangan seni hiasan dalaman dan luaran tempatan.

Bagi seni hias laman, ramai yang sukakan binaan kolam, pancuran air dan air terjun buatan termasuk binaan pasang siap yang boleh dibeli di kedai aksesori laman, landskap atau kebun bunga.

Terbaru di pasaran, binaan kolam dan pancuran air menggunakan batu granit ‘Tiger Eye Stones’ dan batu loh atau sabak (slate stones) yang diimport dari China. Kedua-dua jenis batu berkenaan mendapat perhatian kontraktor seni hiasan landskap kerana ia mempunyai warna dan tekstur yang menarik.

Eksekutif Jualan Kosmo Tropical Concept (Kosmo Wood), Cheras, Danny Lee, berkata warna dan bentuk batu yang pelbagai mendorong peminat seni laman memilih produk berkenaan, selain harganya lebih murah.

Beliau berkata, batu granit yang dikenali sebagai Tiger Eye Stone, berwarna jingga keperangan seakan-akan warna batu bata, hijau jed dan biru zamrud semakin banyak digunakan dan popular di kalangan penggemar seni hiasan laman.



Pokok duit-duit dalam pasu gantung penghias tepian kolam.


Katanya, batu loh atau sabak yang terhasil daripada campuran lumpur dengan enapan batu pula kukuh dan berkilat dan mempunyai permukaan yang lebih keras. Malah, sabak kalis api dan tidak licin.

Beliau berkata, sabak juga kini banyak digunakan dalam seni bina bangunan untuk dijadikan dinding, lantai dan bumbung. Kebiasaannya, warna-warna sabak adalah hitam, kelabu tua, kelabu hijau, tembaga dan ungu kelabu.

Gabungan warna tanah dan unsur bumi yang dihasilkan, menjadikan batu berkenaan kelihatan unik dan menarik berbanding batu marmar dan granit lain. Keunikan teksturnya juga menyebabkan ia sering menjadi pilihan dalam seni hiasan dalaman.

Kebanyakan sabak diimport dari India, China, Afrika, Brazil, Amerika Syarikat dan Itali. Pengeluar batu berkenaan kini dari semasa ke semasa meningkatkan inovasi dalam penghasilan tekstur dan bentuk baru yang lebih berkilat dan menarik.



Kura-kura dan ikan menghidupkan suasana kolam.

“Syarikat kami pakar dalam kerja kayu, namun sejak kebelakangan ini melihatkan kepada permintaan yang tinggi dalam pembuatan kolam hiasan di luar kediaman, banyak tempah kolam menggunakan granit dan slate stones digunakan,” katanya.

Selain tempahan binaan kolam atau pancuran air, Kosmo Wood turut membina pelantar untuk hiasan tepian kolam selain menerima tempahan khas kerusi taman yang diperbuat daripada kayu resak dan berlian.

“Kebanyakan kerja kayu dan binaan batu ditempah mengikut permintaan pelanggan. Ini bermakna setiap yang dihasilkan ekslusif untuk setiap pelanggan dan tidak mungkin boleh didapati di tempat lain,” katanya.

Beliau berkata, kolam air yang menjadi penghias di premis berkenaan menggunakan hiasan dinding diperbuat daripada granit Tiger Eyes Stone dan sabak.

Sabak digunakan untuk membina dinding kolam, manakala granit digunakan untuk kawasan dasar kolam. Kolam berkenaan nampak seperti hidup kerana dihuni ikan koi dan tumbuhan seperti duit-duit dan costus.

Bagi menyesuaikan kolam berkenaan dengan konsep tropika, batu hiasan berbentuk haiwan seperti gajah diletakkan di dinding kolam. Paling menarik, air mengalir di dinding dan terus ke dalam kolam.

Sejenis lumut khas dibiarkan hidup dalam kolam bagi menampakkan warna air sentiasa hijau seakan tasik semula jadi. Keindahan kolam itu diserlahkan lagi dengan pembinaan dek daripada kayu resak serta kerusi dan bangku taman comel diletakkan. Selain menjadi titik tumpu laman, kolam berkenaan dijadikan ruang istirahat keluarga waktu petang dan hujung minggu.

Info

Batu Loh atau Sabak

Tahan lama

Tidak licin dan kalis api

Kukuh kerana tahan cuaca, bahan pencemar dan kimia

Asalnya sabak digunakan secara meluas dalam pembuatan bumbung bangunan dan kini semakin popular dalam pembuatan patio, laluan pejalan kaki, wakaf dan pondok

Kos yang lebih efektif

Taman dan kolam ikan

Roboh dinding bina taman
Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my



Suasana damai dinikmati sambil mata dijamu kehijauan kolam dan ikan yang berenang.

Kos bina taman tidak banyak kerana kebanyakan bahan adalah lebihan ketika ubah suai rumah

ASALNYA rumah teres lot tepi terletak di Taman Keramat dihuni Sharifuddin Datuk Musa didiami ayahnya. Lebih tepat rumah itu dijadikan persinggahan keluarga dari Kuala Terengganu jika ada urusan perniagaan di Kuala Lumpur.

Kata Sharifuddin, dulu kediaman itu tidak mempunyai tanah untuk dijadikan laman kerana bapanya membina dinding rumah rapat ke pagar. Tapi selepas lama rumah itu ditinggalkan tanpa penghuni, Sharifuddin tekad berpindah dari apartmennya ke rumah bapanya ketika anak-anaknya sedang membesar.

“Sebelum berpindah, apa yang terlintas di fikiran adalah memecahkan dinding rumah kerana impian saya adalah untuk membina sebuah kediaman yang dipagari tumbuhan menghijau, umpama berada di hutan yang tenang dan mendamaikan.

“Tanpa ada ralat di hati, saya pecahkan dinding dan tidak kisah rumah yang dulunya agak luas menjadi sedikit sempit asalkan menara tinggi dan kolam dapat dimuatkan di tepi rumah,” katanya sambil leka memberi makan ikan yang dibela di kolam takungan di penjuru laman.

Presiden Kuala Lumpur Biker’s Club itu juga berkata, tidak banyak kos yang diperuntukkan untuk membina taman kerana kebanyakan bahan yang digunakan adalah lebihan ketika membuat ubah suai rumah seperti simen, batu bata, cermin gelungsur dan kayu.



Guri berpancur penghias sudut kediaman.

Taman kecil milik Sharifuddin dilengkapi sebuah bangsal tinggi dua tingkat dibina bersebelahan kolam khusus untuk tiga permata hatinya bermain. Malah bangsal itu lengkap dengan televisyen dan alat permainan video.

“Saya lebih tenang jika anak-anak bermain di sekeliling rumah. Tahu sajalah keadaan sekarang, berada di kawasan perumahan sendiri pun kadang kala tidak menjamin keselamatan kanak-kanak.

“Jadi, saya lengkapkan bangsal itu dengan set kerusi, permaidani dan alat permainan video. Biar mereka leka bermain di kawasan rumah sendiri,” katanya yang mempunyai tiga anak masing-masing berusia sepuluh, enam dan empat tahun.

Di bahagian bawah bangsal yang dibina menggunakan lebihan kayu bumbung rumah itu diletakkan kerusi taman bagi memudahkan dia bersantai sambil minum petang. Manisnya, bangsal kecil yang menjadi taman rahsia si anak turut dihiasi gambar, poster dan keratan akhbar memaparkan aksinya serta isteri ketika aktif memperaga suatu masa dulu.

Kolam besar turut dibina sebagai pelengkap laman. Baginya, taman tanpa kolam tidak akan lengkap kerana desiran air pancut dan ikan yang berenang bebas menjadi permainan mereka sekeluarga tatkala beriadah di waktu petang.

“Anak bongsu saya juga seperti terdidik menjadi bertanggungjawab menjaga ikan belaan kami sekeluarga. Setiap pagi, bangkit saja dari tidur, kolam ikan dulu yang akan diterpa. Tugasnya adalah memberi makan ikan,” katanya sambil tertawa kecil.

Taman milik Sharifuddin juga dihiasi pepohon berdaun hijau. Bunga-bunga yang menyerikan tamannya hanyalah pokok orkid plastik yang diletak bergantungan di bangsal.

Thursday, December 3, 2009

Projek buat kolam ikan

Ari ni nak berkongsi bagaimana kolam ikan di rumah aku ter"sergam" dari awal penggalian...


"Buruh paksa" dikerah melakukan kerja-kerja penggalian


gali punya gali, mainhole dan poly pipe pulak dok melintang. Adus!!


Setelah paip air dialihkan, base dibuat ditahan dengan kau berserta dgn 2" bottom drain. Aku "gamble" jee dgn mainhole to dgn harapan ianya takkan bocor selagi hayat dikandung badan...amin!


Bata dah dinaikkan. Learn from mistakes! Sepatutnya aku dah buat lantai siap2! dan settling chamber patut dah dinaikkan jugak.


Mula asal nak buat settling chamber guna gelen, lepas tu "berguru" lagi, terpaksa ubah plan..buat konkrit,lagi senang, tapi aku buat 2 chamber jee.(x ckp ruang)



Progress report!Pernaik bata jee.


Antara paip2 diperlukan utk sand gravel filter.


Talam ni aku guna utk tahan batu granit drp jatuh ke dasar.


Cam ni ler rupanya.belum dimasukkan talam dan batu&pasir2...ada lagi paip utk blower tu.


baru pasang paip utk settling chamber


mem besar buat "site visit".


16 Dis 2009 - mostly kerje2 menyimen dah nak settle, cuma nak repair mana2 yg tak rata jee.


17 Dis 2009 - Akhirnya aku berjaya meletakkan wall yang beratnya dekat2 80kg!!! sorang2 tuuu! Aku pun tak percaya aku boleh letak benda Allah ni.(Still proud because at d moment, no outside involvement).

Wednesday, December 2, 2009

Kolam ikan koi kian popular - Berita Harian



Kolam ikan koi kian popular
Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my


Laman konsep Zen atau Taman Jepun semakin mendapat sambutan berbanding bali dan nusantara

MENGIKUT aliran terkini, laman konsep Zen atau Taman Jepun semakin mendapat sambutan ramai berbanding bali dan nusantara.

Apabila kita memperkatakan mengenai Zen, pastinya terlintas ikan koi atau kap yang menghiasi kolam kecil di laman.

Kolam ikan koi atau ‘Koi Pond’ sebenarnya tidaklah sukar untuk diselenggara jika anda tahu cara menjaganya dan pembinaannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau anda mendapatkan nasihat pakar.

Seorang pakar ‘koi Pond” Loong Chek Jen dari SerenityScape berkata, Koi Pond yang mudah diselenggara adalah yang berkualiti tinggi yang mana 30 peratus daripada keseluruhan kolam dilengkapi penapis atau ‘filter’

untuk menapis air serta memastikan kolam bersih selain ikan koi sihat.

Katanya, ada pelbagai bahan yang digunakan untuk penapis kolam iaitu besi tahan karat, ‘Japanese Mat’, kulit tiram, bio-ring dan ‘crush coral’.

Aksesori dan pelengkap kolam juga dibahagikan kepada beberapa kategori seperti fiber, plastik, batu pasir, batu tiruan, granit dan batu marmar.

Namun, ramai yang memilih fiber dan batu pasir kerana harganya lebih murah, terkini dan mudah diselenggarakan.

“Batu tiruan atau binaan konkrit agak ketinggalan zaman, namun mereka yang bercita rasa tradisi suka dengan kolam batu tiruan ini,” katanya.

Jumlah ikan haruslah disesuaikan dengan keluasan kolam.

Bagi menaikkan seri kolam, biasanya pokok renek dan rumpai air akan ditanam berhampiran kolam manakala mereka yang suka konsep Zen tentunya memilih pepohon bonsai, kemboja dan busida. Untuk lebih menarik, jangan takut untuk meletakkan aksesori berbentuk haiwan atau tumbuhan di tepi kolam

Keladi bunting, teratai dan melati masih menjadi pilihan ramai untuk menghiasi dalam kolam, namun ‘koi Pond’ tanpa tumbuhan dalam air sudah mencukupi kerana ikan koi berwarna warni dan menarik.

Kedalaman air yang sesuai untuk ikan koi adalah satu liter air untuk satu tan ikan per satu meter persegi kolam. Namun, ada orang yang meletakkan lebih daripada itu yang mana ikan nampak padat dalam satu kolam.

Bagi menjamin keselesaan dan kolam koi anda nampak eksklusif, lebih baik hadkan jumlah ikan mengikut saiz dan kedalaman air. Kedalaman dan saiz kolam perlu sesuai dengan ikan koi jika tidak bukan saja nampak berserabut malah tidak baik untuk kesihatan ikan.

Kebiasaannya kedalaman terbaik untuk memelihara ikan koi ialah sekurang-kurangnya 36 sentimeter (sm) atau lebih. Kolam yang terdedah dengan cahaya matahari terik, perlu dipastikan kedalamannya lebih daripada 36 sm.

Loong menasihatkan mereka yang berminat membela ikan koi supaya elakkan meletakkannya bersama ikan lain terutama ikan kecil seperti gapi dan ikan emas kerana ia menghilangkan seri kolam dan kemungkinan ikan lebih kecil menjadi makanan ikan koi..

Katanya, seeloknya bersihkan segera air pada bahagian bawah kolam yang sudah kotor dan busuk kerana ia boleh dikesan apabila ikan peliharaan anda sering kelihatan muncul di permukaan air.

“Apabila membersihkan kolam, anda disarankan supaya tidak membuang semua air ketika membersihkan

kolam dan tinggalkan sekurang-kurangnya 40 peratus. Pagi adalah waktu terbaik untuk anda membersihkan kolam kerana kandungan klorin ketika itu kurang berbanding sebelah malam,” katanya.

Mereka yang berminat dan ingin mendapatkan mengenai kolam koi boleh mendapatkan khidmat Loong dengan melayari www.serenityscape.com.

Tip: Kolam ikan koi
Gunakan penapis air yang mudah dicuci dan elakkan daripada menggunakan bahan mudah mendap najis atau makanan ikan.

Penapis air juga perlu dicuci seminggu sekali untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Untuk kolam baru, anda perlu bersihkan dulu dengan air sebelum anda memasukkan ikan atau tumbuhan air. Ini penting untuk memastikan kotoran dan basuhan terakhir binaan kolam tidak tertinggal dalam kolam

Gunakan bahan pencuci dengan kadar pekatan sederhana jika anda mahu mencuci kolam. Kaedah berkenaan dapat membantu mengurangkan kesan bahan pencuci yang dikhuatiri membunuh hidupan air.

Tidak perlu risau dengan keadaan lumut yang kian menghijau kerana ia tumbuh secara semula jadi seiring kematangan tumbuhan air lain. Ia juga menjadikan landskap nampak lebih ‘hidup’.

Tuesday, December 1, 2009

Konsep dalam pembuatan kolam ikan hiasan


Asas atau konsep penting dalam pembinaan kolam ikan hiasan adalah seperti berikut :

1. Pelan/layout kolam
Lukis "masterplan" berapa ukuran saiz kolam, di mana hendak letak sistem filterasi, air terjun(jika ada), bottom drain yang diperlukan dan sebagainya. nak tahu kelluasan kolam, guna formula ni (dalam gallons) :
Panjang x lebar x dalam x 7.5 =.....gallons (convert ler dalam liter klu nak, 1 liter = 0.26 gallon kllu tak silap )

2. Kolam haruslah mempunyai dasar yang condong (20%) supaya senang kotoran seperti sisa buangan ikan dsbnya. terus ke Bottom Drain. Gunakan konsep graviti (graviti fed) untuk menyalurkan sisa tadi ke settling chamber(bahasa pasar- tangki jamban).
*jika air dalam kolam 2 kaki,air akan mengalir dan masuk ke settling chamber pun dalam tinggi tu, so, tak melimpah ler)

3. Untuk kolam kecil, kita guna pump submersible cukup ler, tapi kena tgk jugak berapa liter@gallon/hour dia boleh pump dan jugak brapa watt digunakan(jimat elektrik).Pump tu kita masukkan dalam settling chamber ke 2 atau 3 atau yg paling last.(akan posting khusus untuk Settling chamber).Jadi keluasan kolam tadi kita boleh guna sebagai panduan utk beli PUMP nanti tapi ada lagi yang nak kena consider seperti klu ada air terjun dsbnya.

4. Saiz paip yang digunakan turut mempengaruhi aliran Bottom Drain, pump ke air terjun dsbnya..itu dipanggil head lost. Klu pakai paip PVC elbow (L) tu lagi kurang pressure dia(klu tak silap dia makan 6" perjalanan ke destinasi.(tak faham, boleh tanya)

*gambarajah di atas adalah layout utk kolam umah aku.

.....bersambung

Kolam Ikan Hiasan





Herm...memang anak2 aku suka tgk ikan jugak. Aku dah plan lama dah since tgk kolam ikan hiasan orang. Teringin jugak nak ada kat umah, takyah nak pegi tgk orang punya. Ye dak?