Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
TIDAK salah mencuba akuarium gergasi sebagai penghias laman.
Penapisan bahan semula jadi digunakan bukan saja menjimatkan wang, malah mesra alam dan kolam kurang penyelenggaraan
KESIBUKAN menjalani kehidupan seharian menyebabkan ramai yang mengabaikan kebersihan kolam di laman masing-masing sehingga menyebabkan bau kurang menyenangkan terhasil manakala air menjadi keruh dan menimbulkan pemandangan kurang menyenangkan.
Paling teruk, apabila kolam yang sepatutnya menjadi penyeri laman bertukar kepada sarang pembiakan nyamuk yang boleh menjejaskan kesihatan keluarga pemilik kediaman.
Untuk itu, pemilik kediaman yang mahu membangunkan kolam ikan bagi mencantikkan laman disarankan bertukar kepada kolam pasang siap yang menggunakan sistem penapisan eko-bio atau Eco-bio Filtration System.
Kolam pasang siap dengan Eco-bio Filtration System menggunakan penapisan bahan semula jadi, pasir sungai yang bukan hanya menjimatkan wang, mesra alam dan kurang penyelenggaraan.
Dibangunkan syarikat landskap Art Vision Landscape, sistem penapisan kolam berkenaan sudah diperkenalkan di negara ini sejak lima tahun lalu dan kini mendapat sambutan hangat penggemar laman.
GUNAKAN kreativiti seperti lesung lama menghiasi kolam.
Sistem berkenaan dijual bersama pakej kolam pasang siap jenis konkrit, fiber atau kaca berharga serendah RM3,000 seunit bergantung kepada bentuk dan saiz kolam yang menjadi pilihan.
Pereka kolam hiasan, Sammy Liew, berkata Art Vision Landscape menjual kolam hiasan bersama pakej Eco-bio Filtration System sesuai untuk penggemar hiasan laman yang sentiasa sibuk.
Katanya, kolam jenis berkenaan tidak memerlukan penyelenggaraan yang rapi dan airnya tidak perlu diganti selalu kerana ia boleh bertahan sehingga satu tahun, bergantung kepada kedudukan dan keluasan kolam.
“Kolam contoh menggunakan Eco-bio Filtration System di bilik pameran ini, sudah setahun air tidak berganti, namun ia tetap jernih kerana pasir sungai yang diletakkan di dasar kolam berfungsi meneutralkan air serta membuang sisa toksin dalam kolam,” katanya.
IKAN lampam pilihan ramai untuk kolam.
Sistem penapisan ini mula diperkenalkan di Jepun kira-kira 10 tahun lalu dan banyak digunakan dalam pembinaan landskap berkonsepkan Zen.
Selain berfungsi sebagai penapis, pasir sungai di dalam kolam turut mengimbangi pH air, menyedut kandungan ammonia, habuk dan sisa kumbahan dalam air.
Sistem berkenaan selain menggunakan pasir sungai sebagai bahan penapis mempunyai alat yang menyedut dan mengepam air masuk semula ke dalam kolam.
Seperti sistem penapis air yang lain, kolam pasang siap dengan sistem itu turut mengandungi pam oksigen dan paip air serta lampu untuk menerangi kolam waktu malam.
Kolam yang menggunakan penapis seperti ini boleh diindahkan seperti kolam di laman lain. Penggunaan tumbuhan air seperti melati air, kiambang dan pokok ekor kucing boleh digunakan.
Begitu juga dengan penggunaan ikan seperti koi, gapi atau lampan jawa yang semakin mendapat perhatian dalam seni landskap masa kini.
Fakta
Antara jenis penapis
Penapisan Mekanikal
Kebanyakan media dalam sistem penapisan jenis ini adalah alat mekanikal. Biasanya menggunakan alat pemutar air dan berus yang mencuci kolam sebelum sisa terampai serta kumbahan disedut dengan pam yang mencuci air menjadi lebih jernih.
Penapisan Biologi
Biasanya akan digunakan untuk membuang bakteria tertentu di dalam kolam yang terhasil daripada sisa kumbahan. Ada dua peringkat yang dapat membunuh ammonia. Satu peringkat adalah proses membunuh ammonia dan menukarkannya kepada nitrat menggunakan bakteria nitrosomonas. Peringkat kedua menukarkan nitrik kepada nitraty dengan bakteria nitrobacter.
Penapisan Kimia
Berfungsi mengubah ammonia dan bahan buangan organik lain dengan penyerapan bahan kimia. Ini bermakna sisa kumbahan dan ammonia dalam air ditukarkan kepada karbon. Zeolite boleh melarutkan ammonia dan nitrik di dalam air.
Penapisan Pasir
Ada kolam ikan koi menggunakan penapis pasir untuk menjernihkan air. Biasanya pasir ini akan disiram dengan air laju atau tekanan tinggi. Bakteria yang aktif akan diserap masuk ke dalam pasir, jadi kekotoran turut diserap sama dan air menjadi lebih cerah. Penapis pasir ini biasanya lebih mahal tetapi jika mahu jimat apa kata anda membuatnya sendiri di rumah.
Please tolong saya, saya nak start projek Reciculating Aquaculture System (RAS) dan perlu supplier tuk supply tank, biofilter, rotary screen etc please klu tau email sya eddy_kelatetaurus@yahoo.com
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteHuh, tank Fiber ke?
Bio filter DIY ke atau production punya?
In that case, i think you should plan/organise(what kind of material 2b used,size etc), survey nearby tempat2 buat fiber,(production bio filter might be $$$)so i suggest you come out with your own Bio Filter tank(with a good media.
Rotary screen? some sort of filter ke?
salam bro
ReplyDeletebleh bgtaw sal bio filter x?
mcm bahan2 nk buat bio filter tu...
Salam, sori, busy pindah umah.
ReplyDeleteactualy bio filter tu bertindak secara semujadi dengan kehadiran bakteria2 baik yg bertindak mengkonvert amonia,nitrit,nitrat ni kepada sebatian yg tak berbahaya. Dgn kata lain, bio filter ni lebih kepada penyucian dalam rawatan air. Boleh google BIO BALL utk bahan2nya.(mahal gak beb)
Saya ingin membina sebuah aquarium besar bagi menyiasi taman rehat kami, saya sedang memikirkan bagaimana satu sistem penapisan air yang paling baik dan nampak cantik dan tidak mencacatkan pandangan
ReplyDeletesy ade masalah sistem penapisan air untuk kolam ikan koi..stiap mnggu air akn mnjadi keruh dn berlumut..air disedut ke ats untuk kembali kpd kolam..penapisan hanya menggunakan UV FILTER pada waktu siang..apakah disebabkan terdedah pada panas bleh menyebabkan air menjadi keruh dan berlumut..
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteJika akuarium,tuan boleh buat filter dari luar, buat sendiri atau beli dikedai. Saya syorkan buat sendiri kerana kita buat lebih "power" kalau nak letak bahan2 extra. Biasanya filter buat seperate dgn akuarium/kolam sama ada bahagian tepi atau belakang. Pum akan berada di dalam filter.
Salam, kolam saya pun sekarang sedang berlumut(tapi tak banyak). Saya dapat tahu ada lumut ok utk kolam ikan dan normal(ikan koi tu boleh belasah makan lumut tu nanti). Cuma jaga air supaya tidak keruh(macam kotor disebabkan taik2@lebihan makanan).
ReplyDeletePenyelesaian :
Saya sedang upgrade filter saya dengan menambah matt (lihat post bulan Oktober 2010) dan akan meletakkan batu2 halus.
salam....
ReplyDeletesaya sedang membina kolam hiasan.Sekarang saya
memerlukan cara2 memasang kaca untuk kolam hiasan serta cara sistem penapisan yg terbaik untuk kolam tersebut.
maaf adzhar, blog saya hanya fokus kolam buatan yang guna konkrit sahaja. kalau akuarium saya rasa filternya ada dijual dikedai.nak buat sendiri pun boleh, lagi canggih!
ReplyDeletesalam tuan
ReplyDeletesaya membuat kolam simen untuk membela beberapa ikan keli bersaiz besar dan kura-kura brazil yang sudah besar........ masalahnya kolam selalu berlumut walaupun di pasang filter dan uv..........
utk makluman kolam saya ini di luar rumah dan terdedah kepada matahari
TQVM
salam
ReplyDeletesorry pasal saya tak prasan dah post2 lama ni.
memang macam tu tuan. kalau open, konperm akan hijau airnya. Solutionnya satu jee, kena buat bumbung utk halang direct sunlight. saya pun dok cadang nak buat jugak tapi $ tak cukup lagi..hehehe
Salam,sy berminat nk buat kolam hiasan seperti dalam gambar ni secepat mungkin tapi saya nak tahu brp anggaran kos yg di perlukan dan adakah art vision ni bleh buat keluasan nya 5kaki lebar panjang 18 kaki.
ReplyDeleterasanya mahal pasal guna cermin tu. kalau biasa2 jee mungkin dalam 3-4 K jugak tu.
ReplyDelete