Tuesday, December 1, 2009

Konsep dalam pembuatan kolam ikan hiasan


Asas atau konsep penting dalam pembinaan kolam ikan hiasan adalah seperti berikut :

1. Pelan/layout kolam
Lukis "masterplan" berapa ukuran saiz kolam, di mana hendak letak sistem filterasi, air terjun(jika ada), bottom drain yang diperlukan dan sebagainya. nak tahu kelluasan kolam, guna formula ni (dalam gallons) :
Panjang x lebar x dalam x 7.5 =.....gallons (convert ler dalam liter klu nak, 1 liter = 0.26 gallon kllu tak silap )

2. Kolam haruslah mempunyai dasar yang condong (20%) supaya senang kotoran seperti sisa buangan ikan dsbnya. terus ke Bottom Drain. Gunakan konsep graviti (graviti fed) untuk menyalurkan sisa tadi ke settling chamber(bahasa pasar- tangki jamban).
*jika air dalam kolam 2 kaki,air akan mengalir dan masuk ke settling chamber pun dalam tinggi tu, so, tak melimpah ler)

3. Untuk kolam kecil, kita guna pump submersible cukup ler, tapi kena tgk jugak berapa liter@gallon/hour dia boleh pump dan jugak brapa watt digunakan(jimat elektrik).Pump tu kita masukkan dalam settling chamber ke 2 atau 3 atau yg paling last.(akan posting khusus untuk Settling chamber).Jadi keluasan kolam tadi kita boleh guna sebagai panduan utk beli PUMP nanti tapi ada lagi yang nak kena consider seperti klu ada air terjun dsbnya.

4. Saiz paip yang digunakan turut mempengaruhi aliran Bottom Drain, pump ke air terjun dsbnya..itu dipanggil head lost. Klu pakai paip PVC elbow (L) tu lagi kurang pressure dia(klu tak silap dia makan 6" perjalanan ke destinasi.(tak faham, boleh tanya)

*gambarajah di atas adalah layout utk kolam umah aku.

.....bersambung

3 comments:

  1. 5. Pengaliran air (areation) juga penting utk mengelakkan air tenang. Ikan juga sihat kerana menggunakan otot2 utk melawan arus dsbnya. Ada yang guna TPR,waterfall utk areation.

    6. Oksigen amat pentig untuk ikan hidup dengan baik. Ada banyak keadah utk memberikan oksigen tambahan kepada ikan seperti buat venturi, air terjun, air pump yg diletakkan di Bottom Drain dsbnya.

    ReplyDelete
  2. cmne nk bt bd bg le tips

    ReplyDelete
  3. Salam
    che rahim boleh baca dalam post2 yg saya dah postkan.Rasanya ada saya terangkan. TQ.

    ReplyDelete