Wednesday, December 16, 2009

Keperluan sistem Filterasi

Sistem filterasi ni adalah proses pembuangan kotoran dalam kolam ikan termasuk taik ikan, makanan berlebihan, sampah dsbnya. kalau takde sistem filterasi ni, beberapa perkara akan berlaku kat kolam, mahupun pada ikan :
1. Kolam akan menjadi warna HULK (hijau ler tu!)
2. Parasit dan makhluk2/penyakit akan senang terbentuk dan senang nak jangkit pada ikan
3. Air akan jadi kotor dan berBAU busuk yg mungkin menyebabkan ikan mati.

Aku ada baca yang ratio untuk filter dgn kolam adalah dalam 30%++ daripada jumlah isipadu kolam. Contoh kalau kolam tu 1000gallon, maknakata filter tu kena mampu tapis/filter 300gallon air kolam tu.

Sistem filterasi ni biasanya ada 2 stage, iaitu kita panggil mechanical filtering dan biological filtration.

Mechanical filtration ni mengandungi berfungsi utk sekat/tapis benda2 ni saja.Macam tong sampah laa. Biasanya medium yang dipakai ialah berus, pasir,jap matt dsbnya.(ada jual kat kedai ikan)

Biological filtration pulak berfungsi sebagai tempat untuk menukarkan bahan2 buangan/kotoran yang terlepas dari mechanical filtering secara biologi/semulajadi menjadi elok balik laa... Taik ikan ni ada ammonia, klu banyak sgt ikan dalam kolam tu,tu pasai la ada ikan yang mati. Jadi biological filter ni akan menjadi "port" utk bakteria. Bakteria anaerobic boleh tukar ammonia kepada nitrit yang juga berbahaya pada ikan. Tapi ada jugak bakteria anaerobic yang boleh convert nitrit kepada nitrat yang baik utk ikan. (macam belajo kimia form 5 dulu!)

Selain daripada 2 sistem filter itu, Bottom Drain juga amat amat penting yang akan membawa kotoran ke settling chamber.

Ni guna gravity fed, so, takyah guna pump.jimat ler sikit.


NI contoh sistem filterasi dari indonesia(mostly diorang guna stail ni). air dari BD masuk ke Vortex(settling chamber ---> filter 1--->filter 2--->filter 3--->TPR & waterfall. Comprende

my sand gravel filter

This is how it's work



Dari pump, air akan masuk ke bawah dahulu dan akan melalui lapisan batu/pasir. Ibarat macam water filter kat rumah lah.
* sila lihat dalam post projek kolam ikan hiasan

Ball valve tu sebenarnya utk waste/kalau kita bersihkan filter ni. Boleh buat pilihan sama ada nak buat bawah atau tepi tu. So sebenaqnya satu jee lah.

So konsep asas dia ialah :

1. air ke filter tu mesti turun ke bawah dulu atau melalui batu kelikir(yg besar, kemudian ditapis ke halus dan halus)
2. Air yang turun tu nak cantik buat macam pusaran, sebab tu aku tebuk paip yang macam bentuk paip rokok tu.
3. lapik ler dgn apa utk tahan batu dari jatuh ke bawah. Aku guna talam jee, tebuk lubang utk air naik atas dan aku guna paip pump akuarium (50sen 1 kaki jee)utk lilit keliling talam utk utk elak batu terlolos ke bawah.
4. bila air dah penuh, ia akan luar ke kolam balik. nanti aku akan kerat buat muncung dalam 10 inci utk aku alirkan ke waterfall.(lihat g/rajah)

13 comments:

  1. Terima kasih bro..posting gambar filter tu..sekarang sudah nampak fungsi filter yang murah dan simple..saya baru mulakan projek buat kolam ni..nk buat sendiri jugak

    ReplyDelete
  2. abg tuan tanah...
    antara batu,batu kerikil, pasir kasar tu ade devider tak? kot kot la pasir tu jatuh bawah...

    ReplyDelete
  3. Bro, takkan turun punya pasal pasir kasiar #12 tu dok atas skali,yang kasar sikit dok bawah dia, tak teluih(tak bolos ke bawah punya), unless kita godek2 dia. Yang ada devider tu cuma yang bawah skali jee.

    It can be done, kalau nak letak devider tapi makin banyak ker kerja, nak buat devider tu. Lagi pun klu letak devider on each batu2 tu, talam tu lubang makin kecik nak kena drill,kemungkinan air takkan sampai atas pasal stuck dan takde lubang nak tembus.

    Memandangkan ianya senang nak buat, boleh buat banyak2, buat 2 atau 3 skali filter nih, tukar every 3 or 6 months. He!he!
    P/S : Boleh tahan jugak ler aku nak prossah talam plastik merah tu jadi macam dalam posting aku tuh,hu!huh!

    ReplyDelete
  4. aku ade jugak buat sistem filter DIY..tapi guna scrapper hujau basuh pinggan tu..kaedah ini pon diorang kata BIO filter...tak payah basuh..tu yg aku try tu....mana la tau kot kot ko pon minat heheheh...kalau ada acc Facebook add aku guna email kamilbaik@yahoo.com kat sane aku ade cerita detail pasal filter yg aku nk try ni huhuhu baru 70% siap...huhuh

    ReplyDelete
  5. Yup, aku ada jugak baca ttg span ijau basuh pinggan tu.Mahal ler skit pasal nak letak banyak2. Actually, banyak medium DIY ni utk filter, ada yg letak utk curl rambut,1 1/2 inci poly pipe(potong byk2).

    Bro drp pakai span basuh pinggan yg ijau tu, elok consider guna karpet kete...ala yg bergulung2,macam rambut kerinting tu. Buang dia punya layer yg bawah tu...lagi jimat bro. Aku dok cadang nak try yang tu jugak utk bio filter aku.

    ReplyDelete
  6. aku beli aritu habis dalam RM30..banyak tempat la jugak cari sebab nak murah..paling murah kat Giant..65 sen tuk 5 span hijau tu...pada aku konsider murah la hehehe

    ..sebab kolam aku lebeh kurang kolam ko jugak...sebabkan fountain letak kat tengah then suction air msuk ke filter belah kanan (pandangan depan)...so air dekat area kiri macam tak circulate "dead spot" diorang cakap..so ko ade plan nak pakai air blow tak?..ala ala air stone...tolak air

    ReplyDelete
  7. aku ada plan jugak nak buat TPR utk areation tapi memandangkan kolam aku ni agak kecik dan klu pakai TPR tu aku kena pakai xtra pump utk "tolak air" so aku fokus pada oxigen intake through waterfall saja.

    Satu lagi, boleh buat venturi utk areation tu..sama jugak dgn TPR & pada masa yg sama oxigen level pun boleh tambah.

    ReplyDelete
  8. ASW..
    Saya berminat nak buat sistem filterasi dari indonesia menggunakan graviti tanpa pam seperti dlm gambarajah di atas.
    Saya kurang jelas faham. Mohon jasabaik sdr HaslahHashim mengirim keterangan lanjut atau link yg boleh saya baca. Insyallah saya kirim gambar kolam ikan saya bila siap nanti..

    ReplyDelete
  9. salam.en haslah tolong email kan sistem filterasi dari indon tampa pam di atas yang lebih jelas..boleh ke.

    ReplyDelete
  10. filter aku buat simple jer.. just gune pasu terbuang.. lubang kt bawah mmg dah ada... so, dr bwh just letak span halus.. span kasar skil. span plg kasar.. then br letak batu halus.. batu kasar skit.. tgh2 tu letak batu carbon utk buang bau kolam.. dah 3 tahun kolam atok tu bersih je.. mebi 4 5 bulan skali br kene cuci filter tu. hehe FYI.. kolam atok bersaiz 4"X5"..

    ReplyDelete
  11. salam tuan...bermakna tuan hanya guna pump dari SC ke filter sahaja la kan...untuk kepastian..terima kasih

    ReplyDelete
  12. kena pakai letrik eh utk gerakkan pam kann...ada x yang pum xyah pakai letrik sbb kat luar rumah saya xde plug point letrik..huhuhu

    ReplyDelete
  13. saiz kolam..6x4x2kaki padu
    berape saiz pam nk guna
    tksh..bro

    ReplyDelete