Thursday, December 3, 2009

Projek buat kolam ikan

Ari ni nak berkongsi bagaimana kolam ikan di rumah aku ter"sergam" dari awal penggalian...


"Buruh paksa" dikerah melakukan kerja-kerja penggalian


gali punya gali, mainhole dan poly pipe pulak dok melintang. Adus!!


Setelah paip air dialihkan, base dibuat ditahan dengan kau berserta dgn 2" bottom drain. Aku "gamble" jee dgn mainhole to dgn harapan ianya takkan bocor selagi hayat dikandung badan...amin!


Bata dah dinaikkan. Learn from mistakes! Sepatutnya aku dah buat lantai siap2! dan settling chamber patut dah dinaikkan jugak.


Mula asal nak buat settling chamber guna gelen, lepas tu "berguru" lagi, terpaksa ubah plan..buat konkrit,lagi senang, tapi aku buat 2 chamber jee.(x ckp ruang)



Progress report!Pernaik bata jee.


Antara paip2 diperlukan utk sand gravel filter.


Talam ni aku guna utk tahan batu granit drp jatuh ke dasar.


Cam ni ler rupanya.belum dimasukkan talam dan batu&pasir2...ada lagi paip utk blower tu.


baru pasang paip utk settling chamber


mem besar buat "site visit".


16 Dis 2009 - mostly kerje2 menyimen dah nak settle, cuma nak repair mana2 yg tak rata jee.


17 Dis 2009 - Akhirnya aku berjaya meletakkan wall yang beratnya dekat2 80kg!!! sorang2 tuuu! Aku pun tak percaya aku boleh letak benda Allah ni.(Still proud because at d moment, no outside involvement).

31 comments:

  1. Setelah anda membuat perancangan tentang pemilihan bentuk kolam serta kedudukan sistem filterasi, kerja2 "excavation" boleh dilakukan sama ada "mengupah" "buruh binaan" sendiri atau luar. Harus diingat,anda perlu "bersabar" berhadpan dengan "buruh binaan" bawah umur.

    ReplyDelete
  2. Hahaha...nampaknya gayanya...lambat le nak siap kolam ikan tu...."buruh binaan" tu byk main dr buat kerja....anyway...really admire your determination and your hardwork dlm menyiap kan kolam ni because it's sthing that i don't have....keep it up...!!

    ReplyDelete
  3. nak buat juga tapi tak reti nak pakai filter tu mcam mana? mahal ker? mcam mana dia function? kene buat kolam kecik utk dia tapis gak ker?

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya tujuan filter adalah untuk memerangkap kotoran(debris) daripada masuk kembali ke dalam kolam. So, filter ada yang orang beli di Kedai ikan ataupun buat sendiri, yang penting boleh menghalang kotoran. Utk DIY biasa orang buat ada 2 cara iaitu pakai tong drum/tong sampah dan sebarang tong DAN buat kolah kecik sebelah dia(like mine).Yang aku buat nak cuba pakai dulu sand gravel filter kerana ianya simple dan mudah dibuat. Lepas2 ni boleh ler cuba yang lain pulak. Tong drum tu pegi beli kedai hindu botol jee. murah campare dgn beli kat kedai. More to explain, i'll post abou the filter.

    ReplyDelete
  5. salam!..boleh tak post gambarajah filter secara
    keratan rentas..belum nampak lagi..

    ReplyDelete
  6. nanti saya post, kena buat dalam photoshop.

    ReplyDelete
  7. boleh ker nak visit ur fish pond tu...kat man yer....

    ReplyDelete
  8. He!he! Jgn ler visit lagi,bro.tak siap lagi nih, al maklum ler banyak sgt komitmen. Tapi ada jugak aku dengar ada yang siapkan kolam diorang 6 bulan, 1 tahun....Yang penting, buat sendiri menggunakan skill,knowledge dan determination utk siapkan.
    Location : Alor Setar, Kedah

    ReplyDelete
  9. Untuk lihat keratan rentas filter tu, sila tgk di sini :
    http://kolamikanhiasan.blogspot.com/2009/12/keperluan-sistem-filterasi-sistem.html

    Kalau tak faham, saya akan explain further.

    ReplyDelete
  10. Bro aloq star area mane tuuu.....bminat gak nak berguru nie..saya aloq star gak....

    ReplyDelete
  11. Ya ka?? Rumah aku baru beli kat Taman Sri Hartamas, depan Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) tapi takdok lagi laa..malam2 aku pi buat sorang laa..tak boleh bawak hero dan heroin aku...mesti terbantut punya.

    No probs, kontek aku la..sama2 kita blajar.

    ReplyDelete
  12. ok....skarang mmg setiap malam dok buat sendiri ker?...tmn seri hartamas yg dekat2 sahab tu ka?...

    ReplyDelete
  13. Skarang ni dah final stage, on off sikit. lagi pun hujan 2 3 ari nih.Banyak sgt cabaran, dengan nak cat umah, bnyk nak settle, so projek tgk keadaan.Ari sabtu& Ahad nih, klu jadi pasang tile ler gamaknya.pastu tahan air utk test bocor.

    ReplyDelete
  14. thanks en.Haslah ngan maklumat u....syabas n tahniah dpat setup kolam sendiri,boleh menyaingi para kontraktor khususnya dlam pmbuatan kolam

    ReplyDelete
  15. No probs sam, ni kalau kontraktor tahu mesti dia BAN blog nih. he!he!

    ReplyDelete
  16. Simen perlu campur dengan simen waterproof tak? Simen putih tu.

    ReplyDelete
  17. berminat dah tngok..tp xreti nak buat...emmm...boleh tolong???jd tempat rujukan je..

    ReplyDelete
  18. simen tak perlu campur bro. Memang simen tu khas utk waterproofing. dia datang dalam 2 kompenan, satu simen dan satu lagi cecair putih(gam). orang biasa panggil simen gam jee. sial refer post saya yang dulu2.

    no problem eh solleh tapi saya cadangkan tulis di chat room, saya tak prasan kalau post kat sini.

    ReplyDelete
  19. en haslah..saya kagum dengan kekentalan awak menyiapkan kolam awak....saya antara peminat dan designer kolam...hebat! En Haslah telah berjaya buktikan dan pecahkan tembok kebuntuan yang mana selepas ini those PATI atau buruh import takleh cari makan....KDC....

    p/s: TERBAIK!

    ReplyDelete
  20. Salam..
    Saya ada buat juga kolam ikan koi kat rumah saya. Saya design sendiri kolam tu tp, yg buat org lain. Skrg kolam tu saya masukkan ikan koi biasa je, nak test ok ke tak. Buat masa skrg ok je, cuma penapis airnya perlu di cuci 3 minggu sekali. Penapis saya guna pasir je. Jimat kos. Saya tak pasti jika musim panas, air akan jadi hijau ke tak. Kolam ni beroperasi pada bulan 7.2010. Mcam mana nak buat jika airnya menjadi hijau?

    ReplyDelete
  21. salam Gmie, sori tak prasan sebab bnyk sgt post2 lepas. Kalau kolam tu berada di tempat teduh dan air masih lagi hijau, rasanya kena upgrade filtration system, mungkin pam tak boleh circulate air secukupnya. Saya tak pasti ttg hijau, tapi ada terbaca dan tanya otai2, katanya klu berlumut, takpa kerana koi makan lumut..jimat ler makanan tu dan tak kotor sgt. Mungkin makan "overdose" tu..lebihan makanan.

    ReplyDelete
  22. T. Kasih En Haslah. Buat masa ini Alhamdulillah.. airnya jernih. Saya cuma risau pada musim kemarau je. Kalau lumut tak kisah. Mana lagi gambar2 kolam yg dah siap?

    ReplyDelete
  23. is nice to have pond design ideas

    ReplyDelete
  24. salam bro,
    tabik spring sbb berjaya bg inspirasi kpd ramai org utk buat DIY.cuma nk minta terangkan lagi layout filter ngan settling chamber.boleh ke air masuk/mengalir dgn graviti je?bagus jugak kalu boleh minimumkan penggunaan pump supaya lebih jimat.tq

    ReplyDelete
  25. Salam Shah,

    memang boleh..dan terbukti dah pada kolam saya. Yang datang kat rumah tanya mana pamnya?, say cakap ada dalam ni (SC). Mmg kalau guna gravity Fed kolam nampak organise dan kemas pasal tak nampak pam + wire. InsyaAllah saya akan perincikan bagaimana nanti.

    ReplyDelete
  26. slm bang.. boleh tolong bg maklumat dr awal cara nak buat hgga selesai.. sebab sy amat berminat untuk buat tetapi tiada maklumat..boleh share dgn gambar skali ke email..tq2.. bdn9514@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  27. salam...bang,bole email pada sy x detail2 proses awal hgga akhir dlm pmbikinan kolam hiasan ni? sy mmg brminat klu dlm halamn rumah ader landscape ni...sy ader design sndri kolam hiasan,tp bile tgk abg leh buat sndri..sy mcm nk cuba...harap2 bole kongsi petua kt sy...nk berguru jauh sgt,he3...
    bobslineclear@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  28. Hi bro. Boleh recommend cat yang harus digunakan Salam kolam sebagai waterproof tak?
    Tq bro..

    ReplyDelete
  29. salam,
    saya nak ucap tahniah & terima kasih atas usaha gigih encik haslah publish DIY kolam ni. segala info adalah sgt berguna. mohon encik share gambar2 finish product kitorg jadikan inspirasi. tak sabar pulak nk tgk ni :) . kalo bleh, sharekan detail plan utk sand filter (layout & section) memandangkan saya kurang jelas dgn gmbr yg sedia ada. kurang jelas mengenai setting chmaber & penyambungan paip filter ke dlm kolam. tq :)

    ReplyDelete
  30. Salam boss .saya telah melihat kolam ikan koi tuan...ternyata simple dan sesuai dengan rumah teres mcm saya.disini saya ingin meminta ilmu tuan sekiranya tuan sudi berkongsi ilmu dengan saya...saya tinggalkanno talipon saya kiranya tuan sudi berkongsi ilmu dengan saya

    ReplyDelete