Salam
Saya ada terbaca artikel tentang pengaruh cuaca panas ke atas kolam ikan. Menurut artikel tersebut, dalam persekitaran biasa, kadar oksigen adalah dalam 21%. Namun jumlah oksigen yang larut dalam air teramat kecil dan diukur dengan PPM (part per million). Jadi, apa yang nak disampaikan di sini, areation/pengaliran air amat penting utk kolam supaya dapat menjana banyak oksigen.
Oksigen bukan saja berguna utk ikan, malahan untuk bakteria2 yang baik yang menukar amonia (sisa buangan ikan@taik ikan) kepada nitrat & nitrit. Sepertimana yang saya bagitau dalam post sebelum, pada yang ada pokok2 dalam kolam tu, siang pokok akan produce oksigen, tapi malam pulak dia guna oksigen. Selalu kita akan tgk ikan mati pada sbelah pagi yg berpunca kekurangan oksigen(berebut dgn pokok).
Jadi, saya dapat simpulkan di sini bahawa setiap kolam harus mempunyai pemberian oksigen yang cukup seperti air terjun, venturi, air stone(yg buih2 kecik dalam akuarium tu) dll. Di samping itu dalam cuaca yang panas spt sekarang ni, adalah baik disediakan "payung" untuk kolam anda. Buat ler pergola ke, plastik itam berjaring mcm org berkebun pakai tu ke, ataupun pakai kipas ber "mist" macam kedai mamak tu supaya boleh turunkan suhu persekitaran kolam.
Salaam...adakah kolam ikan awak berbueh?kolam ikan saya banyak berbueh terutama waktu pagi dan selepas hujan.
ReplyDeleteSalam Nur, sori sy lambat reply kerana tak terbaca post2 yg lama. saya belum lagi "masuk rumah" so, saya tak boleh nak bagi apa2 komen ttg itu,tapi kolam Nur rasanya mesti ada pokok2 dalam tu? Pada pendapat saya, jika kolam tak berapa bersih, bila hujan, saya ada terjumpa juga kolam akan berbuih, mungkin kerana reaction hentaman zarah2/molekul hujan dengan partikel2 yg ada dalam air kolam. wallahuallam.
ReplyDelete