1. Mula2, pegi kedai.
- Beli pebble stone saiz: 5 ok, saiz 8 besar sikit batunya (terpulang)
- Beli simen (biasa pun takpa..jimat kos)
- Berus sabut
- Kain buruk
- baldi bancuh simen (kalau ada takyah beli ler)
- alat2 perata simen (kalau ada takyah beli ler)
2. langkah2 :
a. masukkan air paip sebanyak 1/3 baldi
b. gunakan alat perata simen/ utk memasukkan simen ke dalam air.
-caranya : ayakkan supaya simen tak berkumpul setempat.
c. masukkan simen sehingga anda nampak air meresap ke simen. tambah lagi simen sehingga tutup air yang meresap tu.(jangan banyak sgt)
d. ok, tunggu dalam 5 minit kemudian kita gaulkan simen tu biar sebatu (biar jadi macam doh)
e. Kemudian, campurkan pebbles tu dan gaul sehingga sebati.( jumlah pebble adalah sehingga anda nampak macam simen dah cover secukupnya pebbles tu)
Siap utk prosesnya.
3. langkah seterusnya.
a. taburkan pebbles yang dah bercampur simen tu ke tempat yang nak dibuat. ratakan sehingga penuh (Jangan tebal sangat, dalam 3mm-7mm saja dah ok)
b. tambah mana2 tempat yang nampak berlopak.
c. biarkan selama 2 hingga 3 jam. (kalau panas terik, sejam dah ok rasanya..maknakata jangan pergi mana2 laa, nanti keras pulak simen tu)
Tips: kitaa boleh ke langkah seterusnya apabila simen tu agak keras, mampat tapi belum kering sepenuhnya. use your instinct)
d. Alirkan air dan gosok dengan berus sabut dengan perlahan2. Selain berus sabut anda juga boleh guna berus kasut. gosok sehingga simen tidak kelihatan pada atas pebble tersebut.
e. Setelah selesai kerja2 menggosok, ambik kain buruk dah tekap pelan2 utk absorb lebihan air.
biarkan kering dan kerja anda siap.....
Tips : jangan buat malam, kalaua nak buat biar ada lighting yang bagus kerana anda akan ter "miss" gosok!(macam aku!!!huhuhu!!)
This is the final product bagi amatur seperti aku.(malam tadi baru buat)


InsyaAllah aku update tips kalau batu tu blur dsbnya. (dalam kepala aku nak pakai asid hidroklorik jee nih! he!he!)